Sempena Ulang Tahun Ke-15, KARA Bakal Membuat Kemunculan Semula

Kumpulan K-Pop, KARA bakal menemui peminat yang telah lama merindui dengan membuat kemunculan semula sempena menyambut ulang tahun ke-15.

Sumber: Soompi

Pada bulan Jun yang lalu, beberapa wakil industri melaporkan bahawa kemungkinan kumpulan K-Pop tersebut akan bersatu semula untuk projek khas bagi meraikan ulang tahun ke-15 mereka.

Tidak lama selepas spekulasi itu diperkatakan, syarikat agensi KARA iaitu DSP Media mengesahkan bahawa kumpulan KARA akan  mengeluarkan album ulang tahun mereka pada bulan November.

Ini adalah album pertama mereka sebagai sebuah kumpulan sejak keluaran mini album pada 2015.

Sumber: Soompi

Kumpulan KARA terdiri daripada Park Gyuri, Han Seung Yeon, dan Heo Young Ji akan bersama semula dengan Nicole dan Kang Ji Young, yang berpisah dengan kumpulan itu pada 2014 bagi album yang bermakna ini.

Sebelum ini, KARA telah berkongsi foto mereka bersama-sama menyambut ulang tahun ke-15 mereka itu menerusi Instagram.

Lebih menarik lagi, kumpulan itu juga merancang untuk muncul dalam pelbagai program siaran untuk mempromosikan album baharu mereka.

Kumpulan KARA dibentuk pada tahun 2007 dan telah banyak keluarkan lagu hit. Antaranya adalah Pretty Girl, Mister dan Lupin.

Untuk baca artikel-artikel berkaitan, anda boleh klik pada pautan di bawah:

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca