Sempena Ulang Tahun Ke-15, Girls’ Generation Membuat Kemunculan Semula

Penantian yang ditunggu akan berakhir. Girls’ Generation disahkan membuat kemunculan semula bulan Ogos tahun ini.

Pada 17 Mei, SM Entertainment mengumumkan bahawa kumpulan K-POP tersebut sedang membuat persiapan untuk mengeluarkan album baharu bersempena sambutan ulang tahun kumpulan mereka yang ke-15.

Selepas lima tahun, ini adalah kemunculan pertama mereka sebagai satu kumpulan yang terdiri daripada Taeyeon, Sunny, Tiffany, Hyoyeon, Yuri, Sooyoung, Yoona, dan Seohyun.

Sumber: Soompi

Kali terakhir Girls’ Generation keluarkan album adalah pada tahun 2017 yang bertajuk Holiday Night.

Sumber: Soompi

Sebelum ini tiga dari ahli kumpulan Girls’ Generation telah keluar dari SM Entertainment kerana ingin fokus dalam bidang lakonan.

Namun begitu kumpulan K-POP itu tidak dibubarkan hanya agensi Tiffany, Sooyoung dan Seohyun sahaja yang berbeza.

Girls’ Generation kali pertama ditubuhkan pada tahun 2007 dengan lagu bertajuk Into The New World.

Sumber: Soshified

Selepas daripada itu, mereka banyak mengeluarkan lagu hit seperti Gee, Genie, Run Devil Run, Lion Heart dan banyak lagi menjadikan Girls’ Generation terkenal seluruh dunia.

Sumber: Soompi

Tambahan lagi, Girls’ Generation juga telah memperoleh banyak pujian dan mendapat gelaran sebagai The Nation’s Girl Group di negara asal mereka.

Seiring dengan keluaran album mereka, Girls’ Generation juga akan menyambut peminat menerusi pelbagai program TV dan rancangan realiti mereka sendiri.

Sudah pastinya kemunculan semula Girls’ Generation ini akan mengubati rindu peminat.

Untuk baca artikel-artikel berkaitan, anda boleh klik pada pautan di bawah:

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca