Sempena Sambutan Ulang Tahun Kelab Peminat, GOT7 Buat Kemunculan Semula

Dunia industri muzik K-Pop semakin hangat apabila menyaksikan banyak kumpulan K-Pop membuat kemunculan semula setelah berehat panjang.

Kumpulan GOT7 juga tidak ketinggalan dalam membuat kemunculan semula tidak lama lagi.

Sebelum ini semua ahli kumpulan GOT7 yang dianggotai Jay B, Mark, Jackson, Jinyoung, Youngjae, BamBam dan Yugyeom telah meninggalkan JYP Entertainment pada Januari tahun lalu.

Pengumuman tersebut telah mengejutkan ramai peminat muzik Korea Selatan terutmanya peminat GOT7 sendiri yang diberi nama I GOT7 atau Ahgase.

Namun perpisahan itu bukan tanda pengakhiran kerana pada 9 Mei 2022 sempena sambutan ulang tahun kelab peminat GOT7 mengumumkan akan membuat kemunculan semula.

Menerusi hantaran di Instagram, ketua kumpulan GOT7 iaitu Jay B telah berkongsi satu paparan poster yang menunjukkan tarikh kemunculan mereka pada 23 Mei tahun ini.

Bukan itu sahaja, kumpulan tersebut turut melancarkan media sosial yang baharu untuk menggantikan media sosial yang sebelum ini diuruskan oleh JYP Entertainment.

Kali terakhir kumpulan GOT7 mengeluarkan lagu bersama adalah pada Februari tahun lalu dengan lagu bertajuk Encore.

Sudah pastinya kemunculan semula dari kumpulan tersebut akan mengubati rindu peminat yang  telah lama menunggu.

Untuk baca artikel-artikel berkaitan, anda boleh klik pada pautan di bawah:

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca