Sempena Maulidur Rasul yang akan tiba pada 20 November 2018 bersamaan 12 Rabiulawal 1440H. Lejen Press akan menganjurkan program Tausiyah Padu bertajuk “Rahsia Maulid Rasul” bersama Habib Muhammad Haykal Al-Khaneman Pemimpin Majlis Ta’lim Al-Huda. Program ini akan diadakan pada tarikh 15 November 2018 Khamis ini jam 8 malam bertempat di HQ Lejen Press, SS 15, Subang Jaya.
Program Tausiyah Padu bersama Habib Muhammad Haykal ini merupakan kali kedua dianjurkan oleh Lejen Press.

Latar Belakang Habib Muhammad Haykal Al-Khaneman
– Al- Habib Muhammad Haykal Al-Khaneman
– Berasal dari Indonesia
– Merupakan Pemimpin Majlis Ta’lim Al-Huda
– Antara yang terawal diberi peluang untuk melanjutkan pelajaran di Ma’ahad Darul Musthofa, Tarim, Yaman dibawah pimpinan Al-Habib Umar Bin Muhammad Bin Salim Bin Hafidz. Pada tahun 1998.
– Telah menamatkan pengajian di Ma’ahad tersebut dan melibatkan diri secara langsung dengan aktiviti da’wah dan ilmu di tanahairnya.
– Bergiat aktif dalam aktiviti da’wah dan ilmu di pelbagai wilayah di Indonesia meliputi kawasan sekitar Kota Jakarta serta beberapa daerah pedalaman sekitarnya.
– Berjaya mendapat kelulusan serta sijil pentauliahan mengajar daripada Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan bagi meluaskan lagi usaha da’wah beliau di Malaysia.
Sanad Ilmu dan Pendidikan
Beliau telah mentelaah dan menuntut ilmu daripada ramai ulama’ dan para Asatizah di Yaman dan sekitarnya antaranya:
– Al-Habib Umar Bin Muhammad Bin Salim Bin Hafidz (Pemimpin Ma’ahad Darul Musthofa, Tarim)
– Al-Habib Ali Masyhur Bin Muhammad Bin Salim Bin Hafidz (Mufti Tarim)
– Al-Habib Hasan Bin Abdullah Asy-Syatiriy (Pemimpin Rubath Tarim)
– Syeikh Dr.Muhammad Hasan Hitoe (Pemimpin Universiti Al-Imam Asy-Syafi’ie)
– Syeikh Dr. Muhammad Taufieq Bin Said Ramadhan Al-Bouthy (Rektor Universiti Damaskus, Syria)
– Syeikh Fadhl Baa’Fadhl (Mufti Tarim)
Semoga majlis ilmu sebegini menjadi inspirasi kepada para pembaca dan dapat diteruskan di masa akan datang.
Untuk maklumat lebih lanjut, sila layari Instagram I AM Lejen .