Sempena Hari Jadi, BTS Suga Derma RM342,000 Untuk Mangsa Gempa Bumi Turkiye Dan Syria 

Anggota kumpulan BTS, Suga meraikan hari jadinya yang ke-30 dengan membuat sumbangan untuk tolong usaha bantuan gempa bumi Turkiye dan Syria.

Pada 9 Mac, pertubuhan bukan kerajaan (NGO) iaitu Save The Children mendedahkan Suga telah menderma 100 juta won (kira-kira RM342,000) untuk bantuan kecemasan Turkiye dan Syria berikutan kerosakan teruk akibat gempa bumi.

Sumber: Billboard

Menurut ahli kumpulan popular BTS itu, ramai kanak-kanak dan keluarga mengalami kerugian dan kerosakan besar akibat bencana alam ini.

Dia mengucapkan takziah dan berharap sumbangan yang diberikan dapat membantu mereka terutamanya dari segi barangan bantuan untuk kanak-kanak.

Sumber: Save The Children

Save The Children menyatakan akan menggunakan derma itu untuk membiayai selimut musim sejuk, tilam, bekalan sekolah dan pelbagai keperluan lain yang diperlukan di kawasan yang terjejas.

Seperti sedia maklum, sumbangan dan niat murni dari Suga sempena hari ulang tahun kelahirannya bukan kali pertama dilakukan.

Sumber: Soompi

Pada 2019, Suga menderma lebih RM364,000 dan 329 anak patung ke Yayasan Kanser Anak Korea.

Kemudian pada tahun 2018, penyanyi tersebut sekali lagi dilaporkan telah memberikan daging kepada 39 pusat asuhan bagi menunaikan janjinya kepada peminat.

Untuk baca artikel-artikel berkaitan, anda boleh klik pada pautan di bawah:

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca