Sempena Final Euro 2020, Kedai Serbaneka Di England Ini ‘Tutup’ Bahagian Makanan Itali

Kejohanan Euro 2020 bakal melabuhkan tirainya dengan pertemuan antara England dan Itali pada peringkat akhir. Dalam kesibukan dan kehangatan menjelang perlawanan berkenaan, satu kedai serbaneka di England mencuri tumpuan ramai dengan ragamnya yang tersendiri.

Ini kerana pengusaha kedai berkenaan telah memuat naik hantaran di laman Facebook di mana lelaki itu ‘menutup’ bahagian makanan Itali di kedai miliknya.

Memetik laporan Daily Star, sekeping foto yang dimuat naik oleh seorang peminat tegar bola sepak memaparkan rak makanan Itali yang terdiri daripada pasta, roti bawang putih dan makanan-makanan lain yang berasal dari negara berkenaan diletakkan pita kuning hitam.

Sumber: Daily Star

Pemilik kedai serbaneka Nisa iaitu Avtar Singh tmemuat naik hantaran di laman Facebook, “Nothing Italian will be sold. Goooo England! It;s coming home!

Menurut Avtar lagi, hantaran itu hanya gurauan untuk menunjukkan sokongan tidak berbelah bahagi kepada pasukan England dalam misi merebut kejuaraan Eropah.

Sumber: Twitter @HKane

Avtar turut berkata bahawa kedai serbaneka beliau tidak pernah menghentikan penjualan makanan Itali dan hantaran di Facebook itu hanya sekadar gurauan peminat bola sepak.

Dalam pada itu, skuad bimbingan Gareth Southgate itu turut menerima ucapan, “Semoga berjaya” daripada Ratu Elizabeth II.

Sumber: Twitter @England

Pada pendapat anda, adakah England atau Itali bakal membawa pulang trofi kejuaraan Euro 2020 kali ini?

Untuk baca artikel-artikel berkaitan, anda boleh klik pada pautan di bawah:

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca