Dalam mengejar kesibukan persiapan Hari Raya Aidilfitri pada bulan Mei ini, semua pasti teringin menggayakan pakaian serba baru dan cantik. Setiap tahun, lebaran tiba dengan keunikan dan kemewahan yang tersendiri. Beginilah pula persiapan Aidilfitri yang dirasmikan oleh seorang wanita berumur 30-an yang membuat tempahan sehelai tudung sehingga mencecah harga RM75,000.
Pemilik butik Bawal Exclusive, Haliza Maysuri, berkongsi di Mingguan Malaysia mengenai tempahan yang dibuat oleh pelanggannya. Dimaklumkan bahawa wanita yang berasal dari Kelantan itu telah membuat tempahan khas sehelai selendang untuk sambutan tahun lalu. Namun yang demikian, hal ini terpaksa ditangguh buat sementara waktu disebabkan oleh pandemik Covid-19.
Haliza memberitahu bahawa pelanggannya itu akan datang untuk mengambil tudungnya yang telah siap pada minggu ini. Wanita tersebut membuat permintaan khas untuk tudungnya itu direka dengan motif laut bersama latar biru muda . Dia ingin melambangkan kerjayanya sebagai pemilik restoran makanan laut.
Tambahnya lagi, selendang itu juga telah direka istimewa oleh pereka profesional Megan Carter, yang berpengalaman 30 tahun bekerja dengan syarikat aksesori Swarovski di Austria.
Haliza mengatakan bahawa dia biasanya memerlukan tempoh antara satu hingga tiga bulan untuk menyiapkan sehelai tudung. Penghasilan ini memerlukan proses yang teliti untuk mewujudkan sebuah karya eksklusif.
Artikel menarik lain: