Sementara Tunggu Pesanan Diambil, ‘Rider’ Ini Tunjuk Bakat Bermain Piano

Baru-baru ini tular mengenai seorang penghantar makanan yang sedang menunggu pelanggan mengambil pesanan telah menarik perhatian ramai dengan kemahiran bermain pianonya.

Penghantar makanan, Amirullah menjadi viral selepas satu video menunjukkan dia sedang bermain piano dimuat naik di media sosial. Video itu dikongsi oleh warganet, Izat Yuan di akaun Twitternya @IzatYuan.

Izat memberitahu pada masa itu, Amirullah yang membawa kotak penghantaran makanan sedang menunggu pelanggannya turun untuk mengambil pesanan.

Mungkin kerana terlalu lama menunggu makanan di ambil oleh pelanggan, jadi dia menggunakan masa menunggunya dengan bermain piano. Namun apa yang tidak disangka, kemampuannya bermain piano telah mencuri perhatian ramai.

Untuk baca lebih banyak artikel berkenaan penghantar makanan, sila klik pada pautan di bawah:

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca