Sembunyikan Anak Hamil Daripada Benih Sendiri, Bapa Haruan Akhirnya Ditangkap Polis

Harapan seorang anak terhadap bapa adalah untuk menjadi pelindung dirinya apabila terancam ataupun dalam bahaya, tapi bukan pada seorang remaja 16 tahun ini, ayahnya sendiri yang menjadi ancaman besar apabila dia seringkali menjadi mangsa nafsu ayahnya.

Sebagai remaja perempuan yang lemah dan tergamam dengan apa yang terjadi kepadanya, remaja itu terpaksa akur kehendak ayahnya kerana tidak mampu untuk lawan memandangkan fizikal ayahnya lebih kuat daripada dia.

Kejadian ini berlaku dua tahun lepas dimana bapa ‘haruan makan anak’ ini ternampak si mangsa tengah salin baju lepas balik dari sekolah.

Kemudian suspek terus peluk anak dia dari belakang, mangsa cuba untuk berlawan tapi fizikal ayahnya lebih kuat.

Sejak dari itu, anak dia kerap dirogol dengan bapanya seminggu sekali, ia berlarutan sehingga dua tahun.

Anaknya hanya selamat apabila dia datang bulan sahaja.

Perbuatan terkutuk itu dilakukan apabila isteri suspek keluar untuk membuat kerja di sawah. Kelakuan kejam itu dibuat sehinggalah diketahui mangsa mengandung 6 bulan.

Sejak ketahui, bapa durjana ini menggunakan bermacam-macam cara untuk mengugurkan kandungan anaknya tapi gagal kerana 6 bulan janin sudah cukup kuat.

Suspek tergamak sembunyikan anaknya supaya tidak diketahui ibu mangsa tahu, suspek membawa anaknya ke satu daerah supaya dapat berselindung daripada isteri dan orang awam.

Sepanjang kejadian itu, isteri suspek mula curiga melihat kelakuannya, dengan anak hilang selama tiga minggu lagi.

Pelik anak tidak pulang, isteri buat laporan polis. Kegiatan kejam bapanya itu terbongkar apabila polis menemui anak mereka.

Ketika di soal siasat pelaku mengaku dan bagi alasan untuk bertanggungjawab.

“Perbuatan itu memang tidak senonoh tapi mau bagaimana lagi, sudah terlanjur. Kalau disuruh bertanggungjawab, saya mau menikahinya,” kata suspek.

Dari situ pelaku mula mendedahkan kegiatan yang dia lakukan itu selama dua tahun, bermakna mangsa baru sahaja 14 tahun.

Suspek dari Kabupaten Takalar, Indonesia kini berada dalam tahanan.

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca