Semalaman Di Dalam Peti Sejuk, Mayat Yang Dihantar Rupanya Masih Hidup

Satu keluarga terkejut apabila mayat ahli keluarga mereka yang dihantar ke rumah mayat rupanya masih hidup. Lelaki India tersebut telah bermalam semalaman di peti sejuk rumah mayat hospital setelah dirinya disahkan meninggal dunia dalam satu kemalangan jalan raya.

Lelaki berkenaan, Srikesh Kumar, telah dikejarkan ke klinik dalam keadaan kritikal selepas dilanggar sebuah motosikal di Moradabad, timur ibu negara New Delhi. Sebaik tiba di sebuah pusat perubatan swasta, doktor mengesahkan bahawa lelaki itu telah meninggal dunia.

Disangka mati rupanya masih hidup. ‘Mayat’ bermalam semalaman di dalam peti sejuk. Gambar hiasan.

Rajendra Kumar, penguasa perubatan, memberitahu bahawa ‘mayat’ Srikesh dipindah ke hospital kerajaan untuk dibedah siasat.

“Doktor kerajaan juga tidak menemui sebarang tanda menunjukkan pemuda itu masih hidup dan dengan itu mengisytiharkan kematiannya.

“Menurut doktor berkenaan, polis turut dimaklumkan berhubung kes kematian itu dan mayatnya dimasukkan ke dalam peti sejuk bilik mayat sehingga keluarga pemuda itu tiba enam jam kemudian.”

Menurutnya, apabila keluarga lelaki tesebut berserta beberapa orang polis datang untuk mengisi kertas kerja berhubung bedah siasat itu, Srikesh ditemui rupanya masih bernyawa.

Srikesh Kumar yang berusia 45 tahun itu kini sedang menjalani rawatan lanjut dan masih berada dalam keadaan koma. Sehubungan dengan kesilapan membabitkan pengesahan kematian oleh doktor-doktor yang bertugas, siasatan juga dijalankan bagi mengetahui lebih lanjut adakah punca insiden ini kerana kecuaian pihak doktor terbabit.

Untuk baca artikel-artikel yang berkaitan, anda boleh klik pada pautan di bawah:

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca