Selepas pelbagai kontroversi melanda Da’i Farhan dan keluarga, dikhabarkan kini isteri kepada pendakwah bebas ini sekali lagi menjadi bualan ramai.
Manakan tidak, kecoh di halaman Facebook Penolong Pegawai Perubatan tentang dakwaan yang menyatakan bahawa isteri kepada Da’i Farhan telah menyalahgunakan gelaran doktor (Dr).
Sebagaimana yang telah diketahui, paparan skrin di ruangan bio akaun Instagram @[email protected] mendakwa dirinya sebagai seorang pakar neurologi.
Pendedahan mengenai isu penyalahgunaan gelaran doktor (Dr) oleh wanita berkenaan disebarkan oleh kumpulan Penolong Pegawai Perubatan menerusi akaun media sosial sejurus selepas menerima kiriman mesej daripada seorang individu.
Berdasarkan posting tersebut, dapat kita lihat bahawa maksud di sebalik istilah Neurologist adalah merujuk kepada pakar perubatan yang mengkaji bahagian otak, tulang belakang dan saraf dalam tubuh badan seorang manusia.
Lebih mengejutkan apabila pencarian menggunakan nama penuh wanita tersebut menerusi laman sesawang Majlis Perubatan Malaysia (MMC) sama sekali tidak dapat ditemukan.
Ini bermakna, nama wanita berkenaan sama sekali tiada tersenarai atau berdaftar dalam pangkalan data dan berkemungkinan individu tersebut telah menyamar atau menyalahgunakan title profesion di bawah Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).
Menerusi posting itu lagi, perbuatan seperti menyamar merupakan satu kesalahan di bawah Akta 774, Akta Profesion Kesihatan Bersekutu 2016 Undang-Undang Malaysia.
Kesalahan ini boleh mengakibatkan individu itu dikenakan denda tidak lebih RM50,000 atau hukuman penjara selama tempoh tidak lebih dua tahun atau kedua-duanya. Bagaimanapun, pemilik akaun tersebut telah pun memadam maklumat berkenaan pada bio akaun Instagramnya.
Apa-apa pun semoga hal atau isu yang melanda keluarga Da’i Farhan dapat diselesaikan dengan baik.