Seluruh Ukraine Terus Diserang, Sekatan Menyebabkan Ratusan Ribu Terperangkap Tanpa Makanan, Air Dan Elektrik

Presiden Ukraine, Volodymyr Zelenskiy, semalam berkata negaranya sudah mencapai ‘titik perubahan strategik’ dalam perang ketika tentera Rusia mengebom bandar di seluruh negara.

Gabenor wilayah Kharkiv, di sempadan Rusia memaklumkan, hospital psikiatri diserang dan datuk bandar Kharkiv berkata, kira-kira 50 buah sekolah di sana sudah dimusnahkan.

Selain itu, Rusia juga melakukan serangan udara lebih dalam ke barat Ukraine, jauh dari medan perang di utara, timur dan selatan di mana pertempuran berlaku.

Manakala, di bandar selatan yang terkepung iaitu Mariupol, majlis perbandaran memaklumkan, sekurang-kurangnya 1,582 orang awam terbunuh akibat tembakan Rusia.

Melalui sekatan sejak 12 hari yang lalu, ratusan ribu terperangkap dengan tiada makanan, bekalan air, haba atau elektrik.

Kementerian Pertahanan Russia memaklumkan pelabuhan Laut Hitam itu kini dikepung.

Pegawai Ukraine pula menuduh Russia dengan sengaja menghalang orang awam, keluar dan konvoi kemanusiaan, masuk ke bandar berkenaan.

Usaha baharu untuk memindahkan orang awam sepanjang koridor kemanusiaan dari Mariupol nampaknya gagal.

Timbalan Perdana Menteri Ukraine, Iryna Vereshchuk, berkata tembakan Russia menghalang penduduk untuk meninggalkan Mariupol.

Negara Barat pula mengambil lebih banyak langkah ekonomi untuk cuba memaksa Presiden Russia, Vladimir Putin, menghentikan serangannya.

Presiden Amerika Syarikat (AS), Joe Biden, berkata negara anggota G7 akan ‘menarik balik’ status Russia sebagai negara yang paling disukai untuk perdagangan.

Untuk baca artikel-artikel berkaitan, anda boleh klik pada pautan di bawah:

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca