Seludup Lebih 50 Cicak Bertanduk, Lelaki California Ini Sembunyikannya Dalam Seluar

Seorang lelaki membuat percubaan menyeludup telah ditahan pihak berkuasa Amerika Syarikat selepas mereka menemui lebih 50 reptilia eksotik yang disembunyikan di dalam seluarnya.

Lelaki itu memandu trak ke pos lintasan sempadan San Ysidro pada 25 Februari lalu dan diheret keluar untuk pemeriksaan tambahan.

Apabila Kastam dan Perlindungan Sempadan (CPB) Amerika Syarikat (AS) melakukan pemeriksaan badan ke atas warga California berusia 30 tahun itu, terdapat sesuatu yang aneh dijumpai iaitu 52 reptilia hidup pada lelaki berkenaan.

Dilaporkan, anggota-anggota unit kawalan sempadan menemui sembilan ekor ular dan 43 ekor cicak diikat dalam beg kecil yang disembunyikan dalam jaket, poket seluar dan di bahagian pangkal paha.

 Sesetengah spesies itu dianggap terancam, jelas pihak berkuasa.

“Penyeludup akan mencuba setiap cara yang mungkin untuk cuba dan mendapatkan produk mereka, manakala dalam kes ini, ia adalah reptilia hidup,” kata Pengarah Operasi Lapangan CBP di San Diego, Sidney Aki.

Dia menambah bahawa dalam kes tersebut, penyeludup cuba menipu anggota-anggota CBP untuk membawa haiwan ini ke AS tanpa menitik beratkan kesihatan dan keselamatan haiwan itu.

Kesemua rampasan dianggarkan bernilai AS$739,000 (RM4.08 juta). 

Untuk baca artikel-artikel berkaitan, anda boleh klik pada pautan di bawah:

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca