Selipar Kerap Hilang Sebelah, Rupanya Dicuri Kucing Jiran

Amirah, mangsa misteri kehilangan sebelah pasang selipar di Singapura itu melaporkan perkara tersebut telah berlaku sejak akhir tahun 2020.

Apa yang membingungkan Amirah dan keluarganya adalah hanya sebelah pasang selipar mereka yang dicuri. Seorang pencuri sudah tentunya akan mencuri kedua-dua belah selipar untuk kegunaan sendiri.

Walaupun keluarganya tidak berpuas hati dengan isu tersebut, mereka hanya mengabaikannya dan menganggap bahawa tukang sapu tidak sengaja menyapu sebelah pasang selipar itu.

Namun, perkara yang sama masih berlaku hampir tiga kali berturut-turut. Tetap sahaja hanya sebelah pasang selipar yang hilang.

Amirah dan keluarganya mula musykil tentang perkara tersebut dan menganggap bahawa ada orang yang sedang melakukan prank ke atas mereka.

Amira turut menyatakan bahawa kesemua selipar yang kehilangan sebelah pasang itu merupakan selipar yang berjenama seperti Vans, Adidas dan Puma.

Pencuri selipar ini sememangnya mempunyai citarasa yang tinggi.

Sehinggalah berlakunya kejadian yang sama buat keempat kalinya, rakaman CCTV akhirnya berjaya menangkap pelaku sebenar.

Amirah telah memuat naik sebuah klip video pendek ke laman Twitternya dan menunjukkan si pencuri yang merupakan seekor kucing berwarna oren putih yang sedang menggonggong sebelah pasang selipar.

Melalui video tersebut, kelihatan kucing tersebut juga sempat menoleh ke belakang bagi memastikan perbuatannya itu tidak ditangkap.

Amirah dan keluarganya hanya mentertawakan setelah mengetahui siapa atau apakah dalang di sebalik kejadian tersebut.

Kucing tersebut juga bukanlah kucing jalanan tetapi kucing milik tetangganya di tingkat atas.

Mereka sekeluarga akhirnya melawat ke rumah jiran tersebut dan memberitahunya tentang kejadian yang mencuitkan hati itu.

Jiran mereka sedar bahawa kucingnya itu kerap membawa pulang sebelah pasang selipar. Mereka yang tidak tahu menahu tentang pemilik selipar itu, hanya meninggalkan selipar tersebut di sebelah pintu lif untuk memulangkan kepada pemiliknya.

Amirah turut bergurau dengan mengatakan bahawa pelaku tersebut merupakan bekas kekasih kucing peliharaannya dan kucing tersebut dikatakan sedang membalas dendam atas hubungan mereka yang telah berakhir.

Ciapan di laman Twitter Amirah telah mendapat perhatian ramai atas keletah kucing tersebut.

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca