Selinap Masuk Kapal Terbang Kargo, 4 Ekor Anak Kucing Terbang Dari Singapura Ke Hong Kong

Empat ekor anak kucing telah menyelinap masuk dalam kapal terbang kargo Singapore Airlines dan terbang sejauh 2,500 kilometer dari Singapura ke Hong Kong.

Keempat-empat anak kucing tersebut akan diberikan kepada sesiapa yang ingin membela mereka selepas mereka menjalani kuarantin.

Pihak polis Hong Kong telah menerima laporan sekitar jam 9 malam pada Sabtu, 6 November yang lalu.

Laporan tersebut berkenaan empat ekor anak bulu yang telah ditemui dalam sebuah kapal terbang kargo yang mendarat beberapa jam sebelum.

Dua ekor anak kucing berwarna hitam dan dua ekor berwarna putih telah ditemukan di dalam kabin kapal terbang tersebut.

Pihak polis tiba dan telah memberitahu pihak Agrikultur, Perikanan dan Pemuliharaan (AFCD) untuk sebarang tindakan lanjut.

Meskipun demikian, kumpulan perlindungan haiwan di Hong Kong berasa bimbang tentang perkara tersebut.

Mereka bimbang tentang anak-anak kucing tersebut kerana menurut laporan lepas daripada pihak AFCD, mereka mendapati bahawa haiwan yang tidak menjalani kuarantin akan cenderung untuk jatuh sakit.

Hal ini telah menyebabkan para aktivis di Hong Kong bertindak menandatangani petisi untuk menyelamatkan nyawa anak-anak kucing itu.

Walaupun anak-anak kucing ini tidak dikuarantinkan, Singapura bukanlah sebuah kawasan yang terkesan dengan rabies.

Pihak AFCD akan menyerahkan keempat-empat anak kucing itu kepada pusat perlindungan haiwan untuk menguruskan mereka setelah kuarantin.

Keempat-empat anak kucing berkenaan dilaporkan sihat setelah melalui beberapa prosedur pemeriksaan kesihatan.

Laporan mengatakan bahawa anak-anak kucing itu sedang menjalani kuarantin dan dalam jagaan pihak AFCD dan pemeriksaan rabies sedang dilakukan terhadap mereka.

Untuk baca artikel-artikel berkaitan, anda boleh klik pada pautan di bawah:

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca