#SelfieGigi: Ini Sebab Kenapa Bibir Atau Lelangit Bayi Sumbing

*Gambar di atas hanya sekadar hiasan. Sumber: Dear Doctor

Sumbing dikategorikan kepada tiga jenis iaitu bibir, lelangit atau kedua-dua sekali. Dr. Irma Shida kongsikan beberapa penyebab bibir atau lelangit bayi sumbing menerusi satu bebenang di laman Twitter beliau.

Pengarah Klinik Pergigian Irma Ariandi itu menjelaskan bahawa bahagian muka bayi akan membentuk seawal usia kandungan di trimester pertama.

Sumber: Instagram @drirmaariandi

Semasa trimester pertama ini juga, tisu di bahagian muka akan bercantum di tengah dan membentuk rupa bayi yang sempurna. Apabila tisu di bahagian muka gagal bercantum di tengah, bibir dan lelangit bayi itu akan sumbing.

Sumbing akan membuatkan bayi anda mengalami kesukaran untuk menyusu dan bercakap. Pakar obstetrik boleh kesan sumbing ketika buat pemeriksaan ultrabunyi dan mengesan kedudukan wajah, mata dan mulut bayi.

Jenis bibir sumbing

Dr. Irma menyatakan bahawa jenis bibir sumbing dikategorikan kepada tiga bahagian iaitu:

i) Sumbing bibir (Bahagian bibir atas bayi akan terbelah)

ii) Sumbing lelangit (Bahagian tulang lelangit dan alveolar di sekitar gigi atas terbelah)

Sumbing lelangit mungkin boleh berhubung ke saluran telinga. Menurut Dr. Irma lagi, ia akan menyebabkan masalah pendengaran dan jangkitan telinga.

ii) Sumbing bibir dan lelangit

Untuk pengetahuan anda, jenis bibir sumbing lagi kerap berlaku kepada bayi lelaki berbanding perempuan. Sumbing lelangit pula banyak terjadi kepada bayi perempuan.

Penyebab bayi sumbing

Walaupun tidak dapat dikenal pasti secara tepat penyebab bayi sumbing, terdapat beberapa faktor yang menyumbang kepada peningkatan peratusan keadaan ini berlaku.

Sebagai contoh, ibu yang merokok ataupun sentiasa berdamping dengan perokok (perokok pasif). Pengarah Klinik Pergigian Irma Ariandi itu menjelaskan bahawa salah satu penyebab bayi sumbing adalah ibu hisap rokok semasa hamil.

Ini kerana tindakan ibu hisap rokok semasa hamil ataupun berdamping dengan perokok akan buat bayi terdedah kepada tembakau yang mengandungi bahan kimia beracun seperti nikotin, karbon monoksida dan tar.

Bahan kimia beracun ini akan kurangkan aliran oksigen kepada bayi dan sekali gus boleh mengganggu pembentukan fetus dan bayi.

Selain rokok, punca-punca penyumbang lain adalah ibu yang ada penyakit kencing manis semasa hamil, obesiti, lanjut usia dan pengambilan sesetengah ubatan seperti ubat sawan.

Genetik pun boleh jadi salah satu faktor penyumbang kepada bayi dilahirkan dalam keadaan sumbing juga.

Rawatan sumbing

Sekiranya bibir atau lelangit anak-anak sumbing, anda boleh membuat pembedahan untuk mencantumkan semula tisu yang terpisah. Untuk rawatan sumbing bibir, pembedahan sering dilakukan pada usia bayi seawal satu bulan.

Bagi yang mahu merawat sumbing lelangit, pembedahan akan dilakukan sebelum bayi berusia 18 bulan. Dengan pembedahan yang ditetapkan pada waktu tepat, rawatan sumbing selalunya memberikan hasil yang memuaskan.

Kanak-kanak yang telah melalui pembedahan memerlukan rawatan lanjutan untuk memperbaiki pertuturan. Anak-anak anda mungkin memerlukan rawatan dan rehabilitasi pergigian selepas menjalani pembedahan.

Menurut Dr. Irma lagi, beliau faham ada ibu bapa yang risau bagaimana anak dilahirkan dengan keadaan sumbing akan berhadapan dengan kehidupan apabila mereka menginjak dewasa. Namun, beliau berkata bahawa ibu bapa perlu menanamkan sifat yakin dalam diri anak-anak.

Semoga perkongsian ini bermanfaat buat semua. Sekiranya anda tinggal berdekatan Johor Bahru, anda boleh datang ke klinik beliau iaitu Klinik Pergigian Irma Ariandi yang telah mula beroperasi sejak tahun 2007 lagi.

Sekiranya anda mempunyai apa-apa soalan berkenaan penjagaan gigi, bolehlah datang ke Klinik Pergigian Irma Ariandi:

Alamat: 1-24 dan 1-25, Aras 1 Plaza Larkin, Jalan Garuda, 80350 Johor Bahru

Waktu operasi: Ahad-Khamis (10 pagi-4 petang), Sabtu (10 pagi-12 tengah hari), Jumaat dan cuti umum (Tutup)

Nombor telefon: 018-900 4980/ 018-227 0800

Website: drirma.com

Untuk lebih banyak tips berkaitan pergigian, kecantikan dan penjagaan kulit serta badan, anda boleh ikuti Dr. Irma di laman sosial Twitter @drirma_ariandi dan Instagram @drirmaariandi.

Untuk baca artikel-artikel lain dalam segmen #SelfieGigi, anda boleh klik pada pautan di bawah:

Artikel Lain Untuk Di Baca