#SelfieGigi: Dr. Irma Kongsi Sebab Kenapa Gigi Tukar Warna

Baru-baru ini, Dr. Irma Shida telah berkongsi punca gigi berubah warna menerusi bebenang di akaun Twitter beliau.

Menurut Dr. Irma, gigi mainkan peranan yang cukup besar dalam penampilan seseorang individu. Berikut kami kongsikan punca dan juga cara untuk merawat masalah gigi berubah warna sepertimana yang disarankan oleh Dr. Irma yang juga merupakan pengarah Klinik Pergigian Irma Ariandi:

Punca warna gigi berubah

Stained teeth atau discoloured teeth bermaksud gigi yang mempunyai warna kuning, coklat atau hitam. Menurut Dr. Irma lagi, perkara ini biasa berlaku kepada orang ramai. Kami kongsikan dua punca warna gigi berubah menerusi artikel ini:

1. Penstainan ekstrinsik

2. Penstainan intrinsik

Cara untuk rawat masalah warna gigi berubah

1. Penstainan ekstrinsik

Sumber: Medium

Penstainan ekstrinsik (extrinsic stain) ialah warna atau pigmen yang melekat pada permukaan luar gigi. Dr. Irma menegaskan bahawa gaya hidup seseorang individu itu boleh membuatkan gigi mereka yang pada asalnya berwarna putih berubah menjadi warna kuning atau coklat.

Hal ini demikian kerana makanan, minuman atau cara hidup tertentu boleh membuatkan warna daripada bahan yang ada di dalam mulut tersebut melekat pada permukaan gigi.

Sebagai contoh, minuman seperti kopi dan teh akan meninggalkan warna kuning serta coklat pada gigi anda. Selain itu, warna hitam pada gigi pula berpunca daripada asap rokok dan sirih akan menyebabkan warna merah pada gigi.

Walaupun begitu, kesan warna pada gigi yang berpunca daripada penstainan ekstrinsik ini boleh hilang dengan penggunaan ubat gigi yang sesuai. Anda boleh membeli produk yang sesuai untuk gigi yang mempunyai lekatan pigmen pada lapisan luarnya di pasar raya.

Untuk pengetahuan anda, jenis ubat gigi ini kebiasaannya akan mempunyai partikel yang agak kasar untuk membuang warna supaya gigi kembali bersih.

Sekiranya gigi mempunyai pigmen warna yang agak degil, anda boleh dapatkan khidmat penskaleran gigi di klinik pergigian yang dekat dengan tempat tinggal.

2. Punca sistemik penstainan intrinsik

Penstainan intrinsik (intrinsic stain) ialah warna gigi berubah kerana struktur dalam gigi. Penstrainan intrinsik terbahagi kepada dua punca iaitu setempat atau sistemik.

Punca sistemik ialah proses penuaan yang buat gigi perlahan-lahan berubah warna menjadi kuning atau coklat. Sekiranya pernah mengambil antibiotik seperti tetracycline ketika mengandung, gigi susu anak dalam kandungan anda mempunyai warna coklat.

Terdapat kemungkinan bahawa gigi kekal yang tumbuh mempunyai warna coklat kerana anda pernah mengambil antibiotik ketika masih kecil.

Sekiranya warna gigi berubah kerana proses penuaan, anda boleh mendapatkan khidmat pemutihan gigi di klinik pergigian. Proses pemutihan gigi atau bleaching yang dilakukan oleh doktor gigi akan menggunakan 30-35% hydrogen peroxide atau 10% carbamide peroxide dan ia boleh membantu mengurangkan pigmen warna bergantung kepada jenis dan struktur gigi pesakit.

Dalam pada itu, proses pemutihan gigi ini dilakukan dalam keadaan terkawal dan selamat. Oleh itu, pesakit tidak perlu risau kerana banyak prosedur pemutihan gigi di klinik ini tidak akan membuat anda rasa sakit.

Doktor gigi anda juga akan memberi nasihat penjagaan seterusnya untuk kekalkan warna putih berkenaan selepas rawatan tersebut. Bagi punca sistemik lain, pesakit mungkin memerlukan tampalan komposit berwarna gigi.

Anda boleh mendapatkan veneer porcelain iaitu sejenis proses restorasi gigi yang ditampal pada permukaan gigi dan korona porcelain untuk menutup semua permukaan gigi.

3. Punca setempat penstainan intrinsik

Pengarah Klinik Pergigian Irma Ariandi ini turut menjelaskan perubahan warna setempat yang paling kerap berlaku adalah kerana gigi yang nonvital atau sarafnya sudah mati di mana ia akan kelihatan coklat gelap dan pudar.

Untuk merawat masalah ini, anda perlu membuat rawatan akar gigi terlebih dahulu (root canal treatment). Selepas itu, anda boleh teruskan dengan prosedur walking bleach ataupun korona porcelain mengikut kesesuaian dan keadaan gigi pesakit.

Semoga perkongsian ini bermanfaat buat semua. Sekiranya anda tinggal berdekatan Johor Bahru, anda boleh datang ke klinik beliau iaitu Klinik Pergigian Irma Ariandi yang telah mula beroperasi sejak tahun 2007 lagi.

Sumber: Instagram @drirmashida

Sekiranya anda mempunyai apa-apa soalan berkenaan penjagaan gigi, bolehlah datang ke Klinik Pergigian Irma Ariandi:

Alamat: 1-24 dan 1-25, Aras 1 Plaza Larkin, Jalan Garuda, 80350 Johor Bahru

Waktu operasi: Ahad-Khamis (10 pagi-1 petang, 2 petang- 4 petang)

Nombor telefon: 018-900 4980

Website: drirma.com

Untuk lebih banyak tips kecantikan dan penjagaan kulit serta badan, anda boleh ikuti Dr. Irma di laman sosial Twitter @drirma_ariandi dan Instagram @drirmaariandi.

Untuk baca artikel-artikel berkaitan Dr. Irma Shida, anda boleh klik pada pautan di bawah:

Artikel Lain Untuk Di Baca