#SelfieGigi: Dr. Irma Kongsi Punca Dan Cara Nak Hilangkan Ulser Mulut

Baru-baru ini, Dr. Irma Shida telah berkongsi punca dan cara hilangkan ulser mulut menerusi bebenang di akaun Twitter beliau.

Menurut Dr. Irma, ulser ini kecil sahaja tetapi rasa pedih itu cukup untuk buat semua orang terseksa sehingga aktiviti harian mereka terganggu.

Berikut kami kongsikan punca dan juga cara untuk merawat ulser mulut sepertimana yang disarankan oleh pengarah Klinik Pergigian Irma Ariandi ini:

Punca ulser mulut

1. Trauma pada tisu mulut

Sumber: Intech Open

Anda mungkin tergigit pipi dan bibir ketika berbual atau makan. Sekiranya anda pakai pendakap gigi, terdapat kemungkinan yang bahagian tajam braces berkenaan telah bergesel dengan tisu mulut. Atas sebab itu, anda mempunyai ulser mulut.

Untuk pengetahuan anda, ulser ini kebanyakannya tidak berbahaya dan boleh sahaja sembuh dalam satu minggu. Anda boleh juga mendapatkan ubat sapu seperti Bonjela ataupun Gengigel dari farmasi untuk kurangkan rasa sakit ulser berkenaan dan sekali gus buat ia sembuh dengan lebih cepat.

2. Aphthous ulcer

Sumber: Healthtian

Terdapat satu ulser mulut yang bernama aphthous ulcer dan ia kerap berlaku kepada orang sama. Pendek cerita, ulser ini akan muncul di mana-mana sahaja walaupun tidak ada trauma dekat bahagian mulut.

Pada mulanya, ulser ini akan muncul di satu kawasan mulut dahulu. Apabila ulser lama itu sudah hampir sembuh, terdapat pula yang baharu dekat kawasan lain. Walaupun ia tidak berbahaya, aphthous ulcer ini boleh buat aktiviti seharian kita terganggu.

Sementara itu, aphthous ulcer ini pula terbahagi kepada tiga jenis iaitu herpetiform, major dan minor:

1. Herpetiform ulcer Untuk pengetahuan anda, herpetiform ulcer ini terjadi dengan banyak dan boleh bercantum sehingga ia membentuk satu ulser yang besar. Namun, apa yang tidak menarik ialah ulser ini sangat menyakitkan dan berterusan.

Herpetiform ulcer. Sumber: Research Gate

2. Minor ulcer Minor ulcer ini bulat dan tidak dalam. Ulser jenis ini selalunya kurang sakit dan ia akan mengambil masa tidak sampai 10 hari untuk sembuh.

Minor ulcer. Sumber: Research Gate

3. Major ulcer – Ulser yang ini pula lagi besar dan lebih dalam serta biasanya akan mengambil masa selama beberapa minggu untuk sembuh sepenuhnya. Apabila sudah sembuh, ia boleh meninggalkan parut.

Major ulcer. Sumber: Research Gate

3. Faktor-faktor lain

Selain tekanan, perubahan hormon yang berlaku ketika akil baligh, hamil dan menopaus boleh membuatkan anda kerap mendapat ulser mulut. Selain itu, ia juga kerap dikaitkan dengan diet dan kekurangan vitamin B12 serta zat besi.

Sekiranya anda mahu tahu, pesakit Crohn’s Disease juga akan kerap mendapat ulser kerana badan mereka susah nak serap vitamin B12.

Cara nak rawat ulser mulut

1. Elak rokok dan minuman keras

Untuk pengetahuan anda, rokok dan minuman keras boleh membuatkan ulser anda lambat sembuh. Anda dinasihati untuk tidak makan buah-buahan sitrus, makanan asidik, pedas dan terlalu berempah kerana ia boleh menyebabkan ulser bertambah pedih.

2. Jaga kebersihan mulut

Walaupun pedih untuk menggosok gigi, anda perlu melakukan perkara tersebut dengan menggunakan ubat kumur yang tidak memeritkan sebagai alternatif.

Dr. Irma turut memberi cadangan kepada pesakit untuk membuat air garam sendiri. Anda hanya perlu melarutkan satu sudu teh garam dalam air suam. Selepas itu, kumur mulut dengan air garam sehari sekali sebelum tidur.

Sekiranya anda malas menjaga kebersihan mulut, ulser itu mungkin akan terkena jangkitan dan kemudiannya menjadi lagi parah kerana ia akan bengkak, merah, panas dan bernanah.

Apabila terkena jangkitan, ulser anda akan mengambil masa untuk sembuh. Sekiranya demam dan kelenjar kawasan bawah rahang tiba-tiba bengkak, anda perlu mendapatkan rawatan antibiotik di klinik daripada doktor atau doktor gigi.

Dalam pada itu, ulser mulut wajib membuat anda rasa sakit. Sekiranya ulser berkenaan tidak sakit, terdapat kemungkinan bahawa anda mempunyai kanser terutamanya jika ulser berkenaan masih tidak sembuh selepas tiga minggu sehingga sebulan.

Sumber: Instagram @drirmashida

Anda perlu berjumpa doktor gigi sekiranya ulser dalam mulut itu tiba-tiba membesar dan merebak dengan agresif untuk mendapatkan pemeriksaan lanjut.

Klinik Pergigian Irma Ariandi. Sumber: Twitter @drirmashida

Sekiranya anda mempunyai apa-apa soalan berkenaan penjagaan gigi, bolehlah datang ke Klinik Pergigian Irma Ariandi:

Alamat: 1-24 dan 1-25, Aras 1 Plaza Larkin, Jalan Garuda, 80350 Johor Bahru

Waktu operasi: Ahad-Khamis (10 pagi-1 petang, 2 petang- 4 petang)

Nombor telefon: 018-900 4980

Untuk lebih banyak tips kecantikan dan penjagaan kulit serta badan, anda boleh ikuti Dr. Irma di laman sosial Twitter @drirmashida dan Instagram @drirmashida.

Untuk baca artikel-artikel berkaitan penjagaan gigi, anda boleh klik pada pautan di bawah:

Artikel Lain Untuk Di Baca