Baru-baru ini, Dr. Irma Shida telah memuat naik satu bebenang di laman Twitter beliau berkenaan punca dan cara atasi bibir kering serta merekah.
#SelfieGigi: PUNCA DAN CARA ATASI BIBIR KERING SERTA MEREKAH
— Dr. Irma Shida (@drirma_ariandi) March 25, 2021
Nak makan, bercakap dan senyum pun akan jadi tidak selesa bila bibir you kering dan merekah. Dalam segmen minggu ni, I akan kongsikan beberapa punca dan juga cara atasi bibir kering serta merekah.
📸: Allure pic.twitter.com/5omArUzqQf
Kami akan kongsikan beberapa punca dan cara atasi bibir kering serta merekah sepertimana yang dikongsikan oleh pengarah Klinik Pergigian Irma Ariandi tersebut menerusi artikel ini:
Punca bibir kering dan merekah
1. Kerap jilat bibir

Ramai orang selalu jilat bibir mereka apabila ia kering. Untuk pengetahuan anda, ia akan membuatkan bibir menjadi lebih kering dan mudah merekah.
2. Keadaan cuaca ekstrem
Bibir anda juga boleh kering dan merekah kerana keadaan cuaca yang ekstrem seperti ia terlalu panas, sejuk atau kering. Bilik yang berhawa dingin juga akan buat bibir dan kulit anda jadi lagi kering.
Makanan bergaram tinggi seperti kerepek kentang bersalut garam atau gincu yang tidak sesuai sehingga menyebabkan alahan gatal juga akan buat bibir jadi kering sebelum sembuh.
3. Angular Cheilitis

Kekurangan vitamin B akan buat hujung bibir anda jadi lagi kering. Bibir pula boleh merekah apabila ia dibuka terlalu luas. Penyakit ini dipanggil Angular Cheilitis.
Keadaan ini selalunya akan berlanjutan dan sukar untuk sembuh melainkan punca kekurangan vitamin B tersebut dapat dikenal pasti dan dirawat.
Apabila dibiarkan berpanjangan, kawasan penjuru mulut boleh terkena jangkitan. Jangkitan tersebut akan membuatkan penjuru mulut anda jadi merah, bengkak, sakit dan bernanah. Pesakit mungkin memerlukan antibiotik untuk meredakan jangkitan tersebut.
Turut dikenali sebagai Perleche, Dr. Irma menjelaskan warga emas mungkin dapat Perleche iaitu bibir mereka akan kering dan berkuping kerana jangkitan kulat Candida.
Pengarah Klinik Pergigian Irma Ariandi itu turut menjelaskan bahawa pesakit kencing manis juga cenderung dapat Perleche kerana imuniti tubuh mereka rendah.
4. Herpes Simplex

Herpes Simplex juga boleh buat bibir anda terkena ulser dan terlalu kering sehingga ia boleh merekah dan berdarah. Sama seperti Angular Cheilitis, keadaan ini juga mengambil masa agak lama untuk sembuh. Kebarangkalian kawasan bibir dijangkiti kuman adalah sangat tinggi.
Untuk yang pakai gigi palsu terutamanya penuh, bibir mereka lagi senang nak kering sebenarnya. Bibir juga akan cepat kering terutamanya apabila gigitan gigi palsu tidak tepat dan air liur sentiasa berkumpul di bukaan bibir.
Cara atasi bibir kering dan merekah
1. Pelembap bibir

Untuk faktor luaran dan non infeksi seperti keadaan cuaca ekstrem, makanan bergaram tinggi atau gincu yang tidak sesuai, Dr. Irma menjelaskan bahawa ia selalunya tidak akan bertahan lama dan dapat diatasi dengan mudah.
Anda hanya perlu sapu bibir dengan bahan pelembap atau gel petroleum seperti Vaseline. Sapu sahaja setiap kali selepas makan atau cuci mulut. Kulit permukaan bibir yang keras nanti akan jadi lagi lembut.
2. Minum lapan gelas air sehari

Anda perlu minum sekurang-kurangnya lapan gelas air sehari untuk memastikan badan kekal terhidrasi. Selain itu, anda perlu kurangkan minuman berkafein untuk mengelakkan air dalam badan dibuang secara berlebihan.
3. Makan makanan yang rendah garam atau sodium
Anda perlu makan makanan yang rendah garam atau sodium dan sebaliknya lebihkan buah-buahan serta sayur-sayuran yang tinggi vitamin C, B serta zat besi dalam pemakanan seharian.
Untuk yang menetap di tempat terlalu sejuk, kering dan berangin, anda perlu rajin pakai pelembap bibir kerana tidak mahu ia merekah.
4. Periksa status kesihatan dan pergigian di klinik
Dr. Irma turut berkata bahawa anda perlu kerap memeriksa status kesihatan atau pergigian dekat klinik. Pastikan kebersihan gigi, mulut dan gusi sentiasa berada dalam keadaan optimum untuk elak kes-kes jangkitan kulat dan kuman dekat bibir.
Untuk anda yang tinggal di Johor Bahru dan mempunyai apa-apa soalan tentang penjagaan gigi, bolehlah datang ke Klinik Pergigian Irma Ariandi.

Alamat: 1-24 dan 1-25, Aras 1 Plaza Larkin, Jalan Garuda, 80350 Johor Bahru
Waktu operasi: Ahad-Khamis (10 pagi-1 petang, 2 petang-4 petang), Jumaat, Sabtu dan cuti umum (Tutup)
Nombor telefon: 018-900 4980
Website: drirma.com
Untuk lebih banyak tips kecantikan dan penjagaan kulit serta badan, anda boleh ikuti Dr. Irma di laman sosial Twitter @drirma_ariandi dan Instagram @drirmaariandi.
Untuk baca artikel-artikel berkenaan penjagaan gigi, anda boleh klik pada pautan di bawah: