#SelfieGigi: Dr. Irma Kongsi Cara Berkesan Hilangkan Sakit Gigi

Apabila mendengar perkataan sakit gigi, ramai orang pastinya akan berasa seriau dan mahu rasa sakit pada gigi dan gusi itu cepat hilang. Oleh itu, Dr. Irma Shida telah memuat naik satu bebenang di laman Twitter beliau untuk menjelaskan cara bagaimana untuk tafsir sakit gigi sendiri dan sekali gus menerangkan apa jenis rawatan yang dijangka bakal diberikan oleh doktor.

Dr. Irma Shida menjelaskan bahawa terdapat sistem saraf di dalam setiap batang gigi yang akan bereaksi pada sensasi panas, sejuk dan tekanan. Apabila saraf dirangsang oleh faktor-faktor berkenaan, apa yang ditransmisikan oleh impuls saraf gigi akan ditafsir sebagai sakit.

Sumber: Instagram @drirmaariandi

Kami akan kongsikan cara untuk mentafsir sakit gigi sendiri dan jenis-jenis rawatan yang dijangka bakal diberikan oleh doktor sepertimana yang dikongsikan oleh pengarah Klinik Pergigian Irma Ariandi itu menerusi artikel ini:

1. Sakit gigi ngilu

Sumber: Voss Dental

Sakit gigi ngilu atau sensitif ditafsirkan dengan rasa menyengat dan mengejut seperti kejutan elektrik kecil pada gigi. Rasa sakit itu pula boleh menyebabkan pesakit pejam mata dan mengerut muka untuk menahan rasa ngilu itu.

Rasa ngilu ini berpunca daripada kehilangan atau penipisan lapisan enamel yang menyebabkan dentin terdedah. Apabila dentin terdedah, saraf gigi yang berada berhampiran dengan sumber rangsangan akan menjadi sangat peka kepada perubahan suhu panas dan sejuk.

Untuk pengetahuan anda, makanan manis juga boleh menyebabkan kelikatan bendalir dalam tubul dentin dan ini akan merangsang saraf untuk mentafsirnya sebagai sakit dan ngilu.

Menurut Dr. Irma lagi, situasi dentin terdedah ini boleh berlaku apabila gigi pesakit berlubang, patah atau retak. Selain itu, penyakit gusi yang menyebabkan akar gigi terdedah dan enamel haus kerana hakisan juga akan membuatkan dentin anda terdedah.

Secara kebiasaannya, sakit gigi ngilu tidak akan mengganggu tidur pesakit. Pesakit hanya akan berasa sakit apabila makan makanan manis atau makanan mereka terlekat di dalam lubang gigi, minum minuman sejuk atau panas dan berada di kawasan bersuhu sejuk.

Cara untuk membuat sakit gigi ngilu cepat hilang

Sumber: Colgate

Doktor gigi selalunya akan merawat gigi yang terlibat dengan menutup tubul dentin yang terdedah sama ada dengan menggunakan bahan tampalan atau sealant khusus gigi.

Pengarah Klinik Pergigian Irma Ariandi itu menyarankan pesakit yang mempunyai sakit gigi ngilu tetapi tidak berlubang untuk menggunakan ubat gigi yang mengandungi potassium nitrate (desensitizer bagi menenangkan saraf gigi) dan stannous fluoride untuk menyumbat tubul dentin.

2. Sakit gigi berdenyut

Sumber: Nutrident

Gigi pesakit akan berasa panas dan sakit sangat walaupun dalam keadaan rehat tanpa rangsangan. Berbeza dengan sakit gigi ngilu, jenis berdenyut ini juga boleh menjadi sangat kuat sehingga mengganggu tidur malam anda. Ada juga pesakit mengalami sakit kepala yang kuat kerana sakit gigi berdenyut ini.

Anda akan rasa sakit apabila kunyah makanan. Ini kerana gigi bermasalah akan memberikan rasa sakit mengejut yang amat dahsyat apabila terkena makanan.

Gigi juga akan berdenyut kerana saraf dalam gigi membengkak dan tertekan di dalam kebuk pulpa. Apabila bengkak semakin menjadi, rasa sakit itu akan jadi semakin kuat. Ini dipanggil acute pulpitis dan jika berterusan digelar chronic pulpitis.

Cara nak rawat pulpitis

Pulpitis boleh dirawat dan mempunyai kebarangkalian yang tinggi untuk sembuh. Gigi yang sakit perlu direhatkan sekurang-kurangnya tiga hari daripada mengunyah.

Sekiranya pulpitis disebabkan lubang gigi, gigi akan ditampal dan dilapiskan dengan ubat untuk menenangkan bengkak saraf. Jika rawatan itu tidak berjaya, doktor akan menyarankan pesakit membuat rawatan akar untuk mencabut saraf daripada gigi. Apabila saraf pada gigi sudah dicabut, ia akan terus memadam sensasi pada gigi berkenaan.

Rawatan-rawatan yang dikongsikan oleh Dr. Irma dalam bebenang beliau merupakan usaha-usaha doktor untuk menghilangkan rasa sakit pada gigi.

Dr. Irma mengakhiri bebenang beliau dengan menasihatkan semua orang untuk berjumpa doktor gigi setiap enam bulan kerana rasa sakit itu mungkin akan dapat dielakkan sama sekali sekiranya anda melakukan perkara berkenaan.

Untuk anda yang tinggal di Johor Bahru dan mahu membuat rawatan pergigian atau ada apa-apa soalan pasal penjagaan gigi, bolehlah datang ke Klinik Pergigian Irma Ariandi.

Alamat: 1-24 dan 1-25, Aras 1 Plaza Larkin, Jalan Garuda, 80350 Johor Bahru

Waktu operasi: Ahad-Khamis (10 pagi-4 petang), Sabtu (10 pagi-12 tengah hari), Jumaat dan cuti umum (Tutup)

Nombor telefon: 018-900 4980/ 018-227 0800

Website: drirma.com

Untuk lebih banyak tips berkaitan pergigian, kecantikan dan penjagaan kulit serta badan, anda boleh ikuti Dr. Irma di laman sosial Twitter @drirma_ariandi dan Instagram @drirmaariandi.

Untuk baca artikel-artikel berkaitan penjagaan gigi, anda boleh klik pada pautan di bawah:

Artikel Lain Untuk Di Baca