#SelfieGigi: Didakwa Dapat Penyakit Jantung Jika Tidak Flos Gigi, Ini Penjelasan Dr. Irma

Ada yang mendakwa anda akan dapat penyakit jantung sekiranya tidak flos gigi. Oleh itu, Dr. Irma Shida telah memuat naik satu bebenang di laman Twitter beliau untuk menjawab persoalan tersebut.

Kami akan kongsikan sama ada anda akan dapat penyakit jantung sekiranya tidak flos gigi atau sebaliknya sepertimana yang dikongsikan oleh pengarah Klinik Pergigian Irma Ariandi itu menerusi artikel ini:

Sumber: Instagram @drirmaariandi

Flos gigi

Sumber: Insider

Flos ialah tali nipis yang digunakan untuk membersihkan plak dan tarik sisa makanan yang tersangkut pada celah gigi dan bawah gusi. Flos ini bertujuan untuk memastikan gigi anda bersih secara menyeluruh.

Doktor selalunya akan menyarankan para pesakit untuk menggunakan flos sekurang-kurangya sekali sehari pada waktu malam. Anda boleh flos sama ada sebelum atau selepas memberus gigi.

Secara ringkasnya, Dr. Irma mencadangkan rutin penjagaan gigi anda bermula dengan flos dan kemudiannya diikuti gosok gigi. Selepas itu, barulah anda menggunakan ubat kumur.

Hubung kait antara flos gigi dan sakit jantung

Berbalik kepada persoalan sama ada penyakit jantung boleh berlaku kerana tidak flos gigi, pengasas Dr. Irma Skincare itu menegaskan bahawa semua orang perlu menjaga kebersihan gigi masing-masing daripada plak dan makanan.

Kandungan utama plak adalah bakteria. Apabila plak ini terkumpul pada permukaan gigi dan bawah gusi, ia akan menyebabkan gusi terinflamasi.

Kami akan kongsikan tanda-tanda gusi anda sudah terinflamasi:

i) Gusi merah, membesar dan bengkak

ii) Senang berdarah

iii) Bernanah

iv) Busuk

Untuk pengetahuan anda, masalah gusi jarang merebak ke organ lain kerana bakteria dalam plak iaitu S Mutans ada dekat mulut sahaja. Namun, ia sedikit berbeza untuk individu yang sedia ada mempunyai masalah jantung.

Dr. Irma menjelaskan bahawa terdapat risiko bakteria S Mutans yang banyak berkumpul akan masuk ke saluran darah pesakit yang memang sudah ada penyakit jantung reumatik atau kongenital, injap jantung palsu, hemodialisis, perentak jantung digital dan penagih dadah intravena.

Bakteria itu pula akan menuju ke lapisan dalam jantung terutamanya injap jantung dan menyebabkan infective endocarditis. Infective endocarditis akan buat anda demam, sangat letih, mempunyai pendarahan dalam kulit dan bunyi murmur pada jantung. Pesakit kemudiannya akan mengalami komplikasi kegagalan jantung dan buah pinggang serta strok.

Pengarah Klinik Pergigian Irma Ariandi itu turut menjelaskan pesakit-pesakit perlu jaga kesihatan mulut dan kebersihan oral dengan optimum untuk mengelakkan komplikasi bakteremia (kehadiran bakteria di dalam darah) yang berpunca dari oral kaviti ke saluran darah.

Selain itu, anda perlu jumpa doktor gigi setiap tiga sehingga enam bulan untuk menjalani pemeriksaan dan rawatan gigi susulan. Semuanya akan dijalankan di bawah pengawasan rapi dengan lindungan profilaksis antibiotik sebelum dan selepas rawatan untuk kurangkan risiko infective endocarditis.

Dr. Irma mengakhiri bebenang beliau dengan berkata tahi gigi atau plak bukan punca penyakit jantung. Walau bagaimanapun, ia mungkin jadi penyebab kepada komplikasi tak diingini untuk pesakit yang memang ada masalah jantung dan kurang jaga kebersihan gigi.

Untuk anda yang tinggal di Johor Bahru dan mahu membuat rawatan pergigian atau ada apa-apa soalan pasal penjagaan gigi, bolehlah datang ke Klinik Pergigian Irma Ariandi.

Alamat: 1-24 dan 1-25, Aras 1 Plaza Larkin, Jalan Garuda, 80350 Johor Bahru

Waktu operasi: Ahad-Khamis (10 pagi-4 petang), Sabtu (10 pagi-12 tengah harI), Jumaat dan cuti umum (Tutup)

Nombor telefon: 018-900 4980/ 018-227 0800

Untuk lebih banyak tips berkaitan pergigian, kecantikan dan penjagaan kulit serta badan, anda boleh ikuti Dr. Irma di laman sosial Twitter @drirma_ariandi dan Instagram @drirmaariandi.

Untuk baca artikel-artikel berkaitan penjagaan gigi, anda boleh klik pada pautan di bawah:

Artikel Lain Untuk Di Baca