Selesai Misi 6 Tahun ‘Parking’ Di 211 Tempat Letak Kereta Kerana Bosan

Parking Di 211 Tempat Letak Kereta Kerana Bosan

Seorang lelaki telah menyelesaikan misinya yang mengambil masa selama enam tahun untuk ‘parking’ di 211 tempat letak kereta kerana bosan di sebuah pasaraya Sainsbury’s, London.

Gareth Wild, 39, mulakan projeknya ini pada tahun 2015 apabila menyedari yang dia tertarik untuk letak kereta di tempat tertentu. 

“Selama enam tahun, saya telah menyenaraikan setiap tempat letak kereta yang pernah saya gunakan di pasar raya tempatan dalam spreadsheet,” ujarnya di Twitter.

Bapa kepada dua orang anak ini berkata tempat letak kereta paling popular di pasaraya itu adalah B7 dan B8. 

“Saya turun ke situ pada satu lewat petang untuk membeli makanan ringan dan berjaya mendapat tempat di B8… oh ianya merupakan detik bermakna dalam hidup saya.”

Beliau telah menyenaraikan kesemua 211 tempat letak kereta tidak termasuk tempat khas untuk Orang Kurang Upaya(OKU) dan motosikal.

Gareth tidak meletakkan keretanya secara rambang tetapi dia telah membahagikan ruang letak kereta pasaraya tersebut kepada kategori A-F.

Sumber: Twitter (@GarethWild)

“Apabila anda melakukan sesuatu yang tidak munasabah seperti ini, adalah penting untuk dilakukan secara teliti.” ujar Gareth.

Gareth menyelesaikan misinya pada 24 April lalu dengan menempatkan keretanya di slot F20 yang dikatakan agak sukar buatnya.

Dia menambah bahawa dia tidak mahu membesarkan perkara ini tetapi terdapat detik dimana dia berasa puas hati dengan kejayaannya.

Gareth juga menambah bahawa isterinya menyokongnya atas misi ini dan dua anaknya selalu menemaninya setiap kali dia pergi ke Sainsbury’s.

Beliau berkata bahawa perkara itu telah menjadi sebuah rutin bagi mereka dan merupakan waktu bersama diantara anak dan ayah.

Walau bagaimanapun, kadang kala anak-anaknya akan meragam kerana hilang sabar menunggu beliau untuk mencari tempat letak kereta tertentu.

Gareth telah mengelak daripada melakukan perjalanan khas ke pasaraya itu untuk ‘parking’ selain daripada keluar untuk membeli stok keperluan harian setiap minggu. 

“Hal ini merupakan satu kegembiraan kecil dalam hidup saya.” kata lelaki itu.

Artikel Lain Untuk Di Baca