Selepas Usia 3 Bulan, Alieff Irfan Tunjuk Wajah Anak Kembar

Selepas tiga bulan bergelar bapa, personaliti media sosial iaitu Alieff Irfan akhirnya mendedahkan wajah anak kembar di media sosial.

Alieff atau Muhd Aliff Irfan Aziki dan isterinya Bella, Nur Nabilah Aliah berkongsi foto anak mereka yang diberi nama Ayden Maleeq dan Ayla Medina.

Sumber: Instagram @twinaylaayden

Sementara itu, gambar wajah Ayden dan Ayla telah dimuat naik di Instagram mereka iaitu @twins_aylaayden yang kini sudah mempunyai lebih daripada 150 000 pengikut.

Menerusi akaun itu, pasangan ini memberitahu bahawa mereka tidak menyangka bayi mereka kini berusia tiga bulan selain berat badan pasangan kembar itu sudah mencecah lima kilogram.

“Alhamdulillah dah 3 bulan Ayla Medina dan Ayden Maleeq. Sekejap masa berlalu. Dulu masa lahir tak cukup bulan dan kecil. Sekarang hampir 5 kg.”

Video berdurasi tiga minit itu menunjukkan perjalanan bermula Bella mengandung sehingga melahirkan anak kembarnya.

Pada masa sama, mereka juga meluahkan rasa bersyukur diberi zuriat dan berharap anak mereka menjadi anak yang soleh dan solehah, membesar dengan sihat, sentiasa dalam lingungan Allah serta dijauhkan daripada fitnah.

Sumber: Instagram @bellestrelle

Terdahulu, pasangan suami isteri ini memilih untuk tidak mendedahkan wajah anak kembar mereka di media sosial kerana enggan terpalit dengan komen negative netizen.

Untuk maklumat, Bella telah melahirkan anak kembar pada 31 Ogos lalu.

Untuk membaca artikel berkaitan, anda boleh klik pautan di bawah:

Artikel Lain Untuk Di Baca