Selepas Teruk Dikecam Kerana Biadab Dengan Juri, Ini Respons Peserta ATNM

Seorang peserta remaja dalam program All Together Now Malaysia (ATNM) yang dikenali sebagai Ika mula menjadi buah mulut orang ramai selepas dia dikatakan bersikap biadab dan tidak menghormati para juri dengan memberikan jawapan sarkastik.

Menerusi tinjauan kami di laman TikTok, seorang pengguna telah berkongsi suntingan video yang memaparkan tangkap layar Instagram Story peserta berkenaan memberi penjelasan terhadap apa yang berlaku.

“Biar kawan-kawan dan ahli keluarga yang tahu dah cukup. Saya tidak perlu memberi penjelasan kerana orang tidak kisah tentang apa yang betul dan salah.

Saya tidak mahu membazirkan masa saya untuk perkara itu. Saya mengaku kesilapan saya dan sebagai seorang manusia biasa, saya akan sentiasa ingat pendirian saya. Yang cakap itu kan seperti tahu sahaja apa yang jadi belakang pentas,” tulisnya.

Sumber: Twitter @aytsworld

Buat anda yang masih keliru, gadis itu menerima kecaman hebat selepas dia dilihat biadab ketika menjawab soalan daripada juri sama ada dia selesa membawakan lagu yang dinyanyikan itu.

Ika didakwa kelihatan angkuh ketika menjawab soalan daripada Catriona Ross dan dipercayai turut membuat memek muka yang kurang baik ketika itu.

“Mestilah minat, kalau tak buat apa I bawa,” jawab Ika.

Sumber: The Vocket

Dalam pada itu, Catriona yang turut dikenali sebagai Kak Kek telah menegur dan memberikan nasihat kepada Ika menerusi sebuah hantaran di laman Instagram.

Catriona menasihatkan Ika untuk menjaga tutur katanya kerana ia melambangkan perwatakan individu tersebut. Selain itu, pelakon Bidadari Kiriman Tuhan itu turut berkata, “Bila ada bersifat menghormati sesama kita, kita akan sangat disenangi malah akan juga diingati.”

Aktres itu turut berkata disiplin merupakan kunci penting ramai orang berjaya dalam kehidupan mereka serta sikap merendah diri sangat penting supaya individu berkenaan lebih disenangi ramai. Apa pendapat anda?

Untuk baca artikel-artikel berkaitan, anda boleh klik pada pautan di bawah:

Artikel Lain Untuk Di Baca