Selepas Terima Petisyen Daripada Pelajar, Universiti Limkokwing Buang Papan Iklan Kontroversi

Sebuah universiti terkemuka di Malaysia menerima kecaman ramai selepas memasang satu papan iklan yang berunsurkan perkauman di kawasan universiti mereka. Papan iklan tersebut memaparkan imej pengasas Universiti Lim Kok Wing atau Tan Sri Lim Kok Wing yang digelar sebagai ‘Raja Afrika’.

Di dalam papan yang sama, turut kelihatan foto beliau yang dikelilingi pelajar berkulit hitam beserta dengan ilustrasi beliau berdiri dengan seekor Cheetah. Papan iklan tersebut dipercayai dipasang pada awal tahun ini, namun mula mencuri perhatian di saat isu Black Lives Matter sedang hangat hingga kini.

Susulan insiden perkauman yang timbul ini, satu petisyen telah dilancarkan bertajuk “LIM KOK WING UNIVERSITY’S CONDESCENDING BILLBOARD NEEDS TO BE TAKEN DOWN” oleh pelajar universiti terbabit. Mereka menganggap pihak universiti telah memandang ringan pada pelajar Afrika yang berada di universiti itu.

Berdasarkan tinjauan di Twitter, pihak universiti telah pun menurunkan papan iklan tersebut selepas menerima pelbagai reaksi negatif daripada orang ramai. Universiti Limkokwing turut memohon maaf di atas salah faham yang timbul daripada mesej yang cuba disampaikan menerusi papan iklan tersebut.

“Pelajar Afrika telah belajar dengan kami sejak tahun 2001 dan Universiti sangat bangga menyokong kempen Nelson Mandela untuk mereka dari rejim apartheid pada tahun 1994.”

“Kami pasti tidak membenarkan tindakan diskriminasi terhadap kaum tertentu kerana itu akan bertentangan dengan amanah kami.”

Petisyen yang telah dilancarkan sebelum ini telah menerima lebih 5,500 tandatangan sejak ia mula dilancarkan. Di dalam petisyen itu juga menjelaskan tindakan (papan iklan) ini salah kerana dianggap merendahkan masyarakat berkulit hitam yang seolah-olah perlu diselamatkan.

Malah, penggunaan haiwan hutan dan merujuk kepada ‘raja’ mengabadikan idea-idea Afrika sebagai satu hutan besar. Foto tersebut juga dipercayai telah disunting untuk ‘meramaikan’ gerombolan pelajar berkulit hitam yang mengelilinginya dan ia dianggap sebagai ‘hero’.

Sebelum ini, kami pernah kongsikan kisah yang hampir sama seperti cerita di atas. Untuk baca artikel penuh, anda boleh klik pada pautan di bawah:

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca