Selepas Setahun, Pelajar Buka Cerita Kena Gangguan Seksual Daripada Pensyarah

Seorang pelajar perempuan menerima mesej dari pensyarahnya untuk menjawab soalan kaji selidik yang tidak menyenangkan.

Farah Azuin, 23, mendedahkan kejadiannya ketika menjadi mangsa gangguan seksual di Twitter kerana hingga kini, masih tiada perkembangan dari kes yang sudah diserahnya pada pihak atasan

Gadis tersebut turut kongsi penyataannya yang telah dibuat ketika melaporkan pada polis tahun lepas.

Berdasarkan penyataan yang dikongsi, gadis tersebut terima mesej dari pensyarahnya untuk menjawab soalan yang tiada hubungan dengan pelajarannya tetapi dia bersikap positif atas menghormati kajian pensyarah tersebut.

Sumber: Twitter, @awwinnn_

Mengikut bukti yang dikongsi oleh mangsa, kajian tersebut bertajuk kesedaran seks di kalangan pelajar.

Ia mengandungi soalan-soalan yang agak melampaui batas untuk pelajar menjawabnya tetapi mangsa masih berfikiran positif.

Tengah malam pula, pensyarah tersebut telefon mangsa. Pensyarah tersebut mula bercakap ‘kotor’ dan mengajak pelajarnya itu sendiri untuk melakukan perbuatan onani bersama dengannya.

Kejadian tersebut menghantuinya sehingga mangsa melalui kemurungan yang panjang, kaunseling dan beratnya turun mendadak. Dia juga beritahu kerana kejadian ini, peperiksaannya hampir gagal.

Pelajar tersebut percaya akan pensyarah tersebut sebagai seorang pengajar yang berpendidikan tinggi. Sebaliknya, menjatuhkan maruah pelajar sebagai seorang manusia.

Sekarang, kita perlu berharap agar tindakan yang wajar akan dilakukan dengan kadar segera untuk mangsa dan masa akan datang.

Untuk baca artikel-artikel berkaitan, anda boleh klik pada pautan di bawah:

Artikel Lain Untuk Di Baca