Taman Tasik Titiwangsa merupakan salah satu lokasi pilihan untuk warga kota beriadah bersama keluarga dan rakan-rakan.
Pada bulan September tahun lalu, Taman Tasik Titiwangsa ditutup untuk proses penambahbaikan taman rekreasi berkenaan. Walaupun begitu, taman ini bakal dibuka semula kepada orang awam pada bulan Januari tahun hadapan dengan pelbagai kemudahan dan fasiliti baharu.
Perkara tersebut turut disahkan sendiri oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur melalui akaun Facebook rasmi mereka.
Untuk anda yang sudah tidak sabar untuk melihat wajah baharu Taman Tasik Titiwangsa, kami kongsikan gambar-gambar menarik fasiliti terbaharu di sana.
Namun, pengunjung dinasihatkan untuk tidak mengunjungi taman rekreasi tersebut sebelum tarikh pembukaan dihebahkan. Hal ini kerana tiada pasukan sekuriti atau kontraktor yang ditugaskan kerana taman berkenaan masih belum dibuka secara rasmi dan bimbang sekiranya berlaku apa-apa kemalangan.
Bagi anda yang tinggal di sekitar Kuala Lumpur, anda pasti sudah tidak sabar dengan pembukaan semula taman rekreasi ini. Dilaporkan bahawa terdapat pembaharuan yang menjadikan taman ini lebih cantik daripada sebelumnya dan ‘Instagrammable’.
Perkara yang paling penting sekali ialah kemudahan yang cantik ini tidak akan kekal lama sekiranya kita tidak menjaganya bersama-sama.