Selepas Serang Juruteknik Makmal, Monyet Ini Larikan Sampel Darah Pesakit COVID-19

Sekumpulan monyet di India melarikan sampel darah pesakit yang didiagnos positif koronavirus (COVID-19) selepas ia menyerang seorang pegawai perubatan, menurut pihak berkuasa.

Kejadian itu berlaku pada awal minggu lalu apabila juruteknik makmal sedang berjalan di kampus kolej perubatan di Meerut yang terletak 460 kilometer di utara Lucknow, Uttar Pradesh.

“Monyet itu merampas sampel darah empat pesakit COVID-19 yang sedang dirawat. Kami terpaksa mengambil semula sampel darah mereka,” kata Dr SK Garg.

*gambar sekadar hiasan

Pihak berkuasa memaklumkan mereka tidak pasti sama ada sampel darah itu tertumpah, namun orang ramai yang tinggal berhampiran kampus itu bimbang akan penularan virus tersebut jika monyet tersebut menyebarkannya di kawasan penempatan penduduk.

Menurut Garg, beliau juga tidak dapat mengesahkan sama ada haiwan terbabit boleh dijangkiti virus itu daripada darah tercemar tersebut.

“Tiada bukti menunjukkan monyet boleh mendapat jangkitan,” ujarnya.

Setakat ini, India telah merekodkan 165,799 kes dan 4,706 kematian.

Difahamkan, kumpulan monyet semakin banyak berkeliaran di kawasan penempatan dan mencetuskan kekacauan serta menyerang penduduk berikutan aktiviti manusia yang dilakukan secara berleluasa ke atas habitat semula jadi haiwan tersebut.

Untuk baca lebih banyak artikel berkenaan monyet, anda boleh klik pada pautan di bawah:

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca