Selepas Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) dilanjutkan sehingga 9 Jun, lagu Dendang Perantau mula menjadi sebutan warganet.
Jika dihayati bait-bait lirik lagu didendangkan Allahyarham Tan Sri P Ramlee ini pasti warganet mengalirkan air mata kerana membayangkan situasi dalam lagu berkenaan.
Selain lagu Dendang Perantau, lagu Dari Jauh Ku Pohon Maaf dinyanyikan Allahyarham Sudirman juga mengundang sayu warganet.
Ini ditambah pula ciapan di Twitter Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) Putrajaya dengan kapsyen, “Dendang Perantau… bersabarlah demi keselamatan dan kesihatan,” juga mengusik jiwa warganet.
Dendang Perantau…
— KKMPutrajaya (@KKMPutrajaya) May 10, 2020
Masa tak akan kembali ~
— rosé (@rosemerahZ) May 10, 2020
Ada juga warganet menyambung lirik lagu Dendang Perantau bagi menghiburkan pelayar Twitter selepas mendengar pengumuman tersebut.
Terdapat ramai warganet yang meluahkan rasa sedih dan sayu kerana tidak dapat pulang ke kampung halaman untuk bertemu keluarga.
“Di hari raya terkenang daku kepada si dia. Kampungku indah nun jauh di sana ayah serta bondaku,” ciap Amirul.
Aishah pula berkata, “Bayangkan yang taip ni adalah mereka yang daripada awal tak dapat cuti bersama keluarga sendiri. Apatah lagi nak sambut Raya. Moga diberikan kesihatan dan kekuatan untuk berjuang selamatkan rakyat Malaysia. Amin.”
Perkataan hari raya juga trending di Twitter sekali gus memberi kesimpulan, warganet kini meluahkan perasaan tidak berpeluang pulang ke kampung pada Aidilfitri yang bakal disambut pada 24 Mei ini.
Untuk baca lebih banyak artikel berkenaan COVID-19, anda boleh klik pada pautan di bawah: