Selepas Najib Didakwa Kes Altantuya, Anaknya Tampil Buka Mulut

Anak bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, Nooryana Najwa mendakwa cubaan bekas anggota Unit Tindakan Khas (UTK) Polis Diraja Malaysia Cif Inspektor Azilah Hadri mengaitkan ayahnya dengan pembunuhan Altantuya Shaariibuu adalah satu fitnah.

Dalam akaun Instagramnya, Nooryana berkata, fitnah itu adalah cubaan untuk mengaburi mata masyarakat daripada ketidakcekapan pihak tertentu.

Posting yang dimuat naik kira-kira jam 3.55 petang tadi menerima pelbagai reaksi masyarakat. Ada yang mendoakan supaya Najib mendapat keadilan sewajarnya, namun ada juga yang mempersoalkan dakwaan Azilah dengan mengaitkan peribahasa kalau tidak ada angin, masakan pokok boleh bergoyang.

Namun sebagai anak sudah tentu menjadi tanggungjawab Nooryana Najwa untuk menjelaskan kepada rakyat siapa ayahnya.

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca