Pada 1 Ogos baru-baru ini, Sabyan Gambus telah muncul dengan lagu cover baru bertajuk Atouna El Toufoule. Hanya selepas 6 hari di YouTube, klip video lagu tersebut sudah pun berjaya mendapat hampir 5 juta tontonan. Bukan biasa-biasa. Lagu tersebut mengangkat perjuangan masa depan dan kasih sayang buat anak-anak kecil di Palestin, Syria dan seluruh dunia yang mengalami penindasan.
Ternyata alunan vokal Nissa sebagai vokalis utama ditambah dengan pakej tambahan beliau yang mempunya wajah yang comel, Sabyan pantas menempa nama dalam industri muzik. Sabyan Gambus menjadi fenomena bukan hanya di Indonesia, malah turut mendapat perhatian peminat dari luar negara termasuk Malaysia, Korea, Turki, Amerika dan banyak lagi. Perkara ini dapat dilihat daripada beberapa posting Youtube ‘Reaction’ kepada lagu cover Deen Assalam oleh mereka.
Terdiri daripada 5 orang anak muda, iaitu Khoirunnisa sebagai vokalis utama, Ayus, Tebe, Wawan, dan Anisa Rahman ( sebagai vokalis kedua), mereka mula viral dengan lagu Ya Habbibal Qalbi (213 juta tontonan) dan Ya Maulana (105 juta tontonan), selain yang paling mendapat perhatian ramai iaitu Deen Assalam. Tinjauan di Spotify juga mendapati lagu-lagu mereka juga terdapat dan boleh didengari di platform tersebut.
Berikut terjemahan lirik lagu Atouna El Toufoule ini dalam bahasa Melayu:
Kami datang mengucapkan selamat hari raya kepadamu
Lalu kami tanyakan mengapa di tempat kami tidak ada hiasan hari raya?
Wahai semesta, tanah kami telah dihancurkan
Tanah kami telah diragut kebebasannya
Langit kami sedang bermimpi, ingin bertanya kepada hari
Di mana mentari indah dan ke mana pergi asyiknya burung-burung merpati berterbangan?
Wahai semesta, tanah kami telah dihancurkan
Tanah kami telah diragut kebebasannya
Tanahku ini kecil, sekecil diriku ini
Hulurkan kami kedamaian, berikan kami masa kecil kami
Berikan kami masa kecil kami
Berikan kami masa kecil kami
Berikan kami masa kecil kami
Berikan, berikan, berikanlah kedamaian
Aku anak kecil yang ingin menyampaikan sesuatu
Dengarkanlah aku
Aku adalah anak kecil yang selalu ingin bermain
Kenapa tidak kau biarkan aku?
Pintuku menunggu
Teman-temanku sedang berdoa
Hati kecil yang rapuh ini merayu
Berikan kami kesempatan
Berikanlah kami kesempatan
Berikan kami kesempatan
Berikan kami kesempatan
Berikan kami kesempatan
Tolong, tolong, tolonglah berikan kami kesempatan
Berikan kami masa kecil
Berikan kami masa kecil
Berikan kami masa kecil
Berikan, berikan, berikanlah kedamaian
Kami datang mengucapkan selamat hari raya kepadamu
Lalu kami tanyakan mengapa di tempat kami tidak ada hiasan hari raya?
Selamat mendengar dan semoga terhibur!
Foto: Instagram Sabyan Gambus