Selepas Menang Kepada Jerman, Penyokong Jepun Bersihkan Stadium

Pada 23 November yang lalu pasukan bola sepak negara Jepun telah mencipta kejutan besar dengan menewaskan Jerman 2-1 dalam perlawanan pembukaan Piala Dunia Qatar 2022.

Sumber: Twitter

Perlawan ini juga telah menarik perhatian orang ramai tentang sifat penyokong Jepun yang patut dipuji.

Peminat bola sepak Jepun sekali lagi membersihkan stadium Piala Dunia selepas mendapat kemenangan besar untuk negara mereka ke atas Jerman.

Sebelum ini penyokong pasukan Jepun telah menunjukkan sikap murni dengan membawa plastik sampah dan membantu membersihkan kawasan stadium selepas tamat perlawanan Qatar dan Ecuador.

Kali ini pula selesai sahaja perlawanan antara Jepun dan Jerman, walaupun penyokong Jepun gembira dengan kemenangan yang diperoleh sikap nilai murni itu tetap diteruskan.

Malah bendera Jerman yang bersepah turut dikemaskan.

Perbuatan tersebut menjadi simbolik untuk negara Jepun. Hal ini kerana sewaktu Piala Dunia di Rusia, pemain Jepun juga telah mengemas bilik persalinan mereka beserta dengan sekeping nota yang bertulis terima kasih.

Sumber: sbnation

Sheila Smith iaitu pakar mengenai negara Jepun di Majlis Hubungan Luar Negeri menemu bual bersama Vox pada tahun 2018 menyatakan, masyarakat Jepun biasanya mempunyai sifat tanggungjawab yang tinggi mengenai kebersihan awam.

Untuk baca artikel-artikel berkaitan, anda boleh klik pada pautan di bawah:

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca