Selepas Lukis Tatu Pada Mata, Instafamous Ini Jadi Buta Selama 3 Minggu

Seorang wanita yang ketagih tatu mengalami masalah penglihatan selama tiga minggu selepas menjalani prosedur untuk mengubah matanya menjadi warna biru.

Amber Luke dari Central Coast, New South Wales, Australia itu telah membelanjakan £13,901 (RM74,360) untuk melakukan transformasi pada wajahnya. Prosedur yang dilakukan oleh wanita terbabit termasuk membelah lidahnya dan meregangkan cuping telinga.

Selain itu, dia turut melakukan 200 tatu, rawatan payudara, bibir dan pipi. Walau bagaimanapun, melukis tatu pada matanya merupakan prosedur yang paling sakit yang pernah dialami oleh wanita berusia 24 tahun ini.

Amber yang menggelarkan dirinya sebagai ‘Naga Putih Bermata Biru’ berkata, “Saya tidak dapat nak gambarkan bagaimana rasanya. Apabila dakwat itu mengenai bebola mata saya, ia dirasakan seperti pelukis tatu itu mengambil kepingan kaca dan menggosokkannya pada mata saya.”

Tambahnya, pencacahan itu berlaku sebanyak empat kali pada setiap mata. Malang tidak berbau buat dirinya apabila pelukis tatu berkenaan melukisnya secara mendalam pada bebola mata Amber.

Menurut laporan Mail Online, prosedur itu tidak akan menjejaskan penglihatan seseorang sekiranya dilakukan dengan betul.

Dalam pada itu, ibu kepada Amber iaitu Vikki menangis apabila mendapat tahu tentang rawatan bebola mata anak perempuannya. Dia turut mempersoalkan mengapa anak perempuannya sanggup mengambil risiko sedemikian rupa. Namun, dia sedar bahawa tiada apa yang dia boleh lakukan untuk mengubah fikiran Amber.

Vikki menegaskan bahawa dia menyokong tindakan anaknya yang tidak pernah melihat dirinya sebagai seseorang yang mempunyai rupa yang cantik sepanjang dia membesar.

Amber mendakwa transformasinya itu menerima pelbagai respons daripada orang ramai. Sekiranya anda ingin tahu tentang perubahannya itu, anda boleh lihat menerusi akaun di bawah.

https://www.instagram.com/p/B3M4v0YhIAa/

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca