Selepas Lebih 20 Tahun Jadi Vokalis Sheila On 7, Duta Kini Mahu Bergerak Solo

Vokalis Sheila on 7 iaitu Duta memaklumkan bahawa dia akan bergerak menjadi penyanyi solo selepas ini.

Keputusan Duta untuk bergerak solo itu nampaknya disambut baik oleh gitaris kumpulan berkenaan iaitu Eross Candra.

Penyanyi Sephia itu menyatakan bahawa, “Eross juga pelik kenapa saya tidak menjadi penyanyi solo dari dulu lagi.”

Sumber: Instagram @pakduta

Memetik laporan Prambors, Duta berkata ia merupakan masa yang tepat untuk melakukan perkara baharu kerana umurnya sudah menjangkau 42 tahun.

“Umur saya sudah 42. Perlu sesuatu yang baru,” jelasnya lagi.

Akhdiyat Duta Modjo ataupun lebih mesra disapa sebagai Duta ini mengesahkan bahawa dia telah menghasilkan beberapa lagu solo yang perlu dipersembahkan kepada para peminatnya.

Walaupun memutuskan untuk bergerak solo, Duta menegaskan bahawa dia tidak akan keluar atau meninggalkan kumpulan Sheila on 7 yang telah menaikkan namanya dalam industri hiburan bukan sahaja di Indonesia tetapi juga dekat Singapura dan Malaysia.

Sumber: mStar

Untuk pengetahuan anda, pemain dram Brian Kresna Putro telah meninggalkan kumpulan terkenal dari negara seberang itu pada 6 April lalu selepas 18 tahun menjadi sebahagian daripada Sheila on 7.

Untuk baca artikel-artikel berkaitan, anda boleh klik pada pautan di bawah:

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca