Selepas Kes Picit Roti, Wanita Ini Pula Jilat Aiskrim

Baru-baru ini, tular di media sosial berkenaan video seorang wanita menjilat sebekas aiskrim sebelum meletakkannya semula ke dalam peti sejuk beku di pasaraya Walmart yang terletak di Texas.

Menurut CBS NEWS, video yang tular ini mendorong pihak polis Lufkin memburu wanita tersebut. Berkemungkinan dia juga akan berhadapan dengan hukuman penjara selama 2 sehingga 20 tahun.

Sejak penularan video itu di Twitter, rata-rata netizen memberikan kecaman hebat terhadap perlakuan tidak bermoral tersebut.

Susulan itu, pihak syarikat pengeluar aiskrim Blue Bell Creameries kemudiannya mengeluarkan kenyataan bahawa produk yang tercemar itu sudah dibuang. Tambah mereka lagi, perbuatan merosakkan kualiti produk makanan adalah sangat tidak beradab.

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca