Selepas ‘Kantoi’ Curang Sekali Lagi, Shuk Bawa Rombongan Datang Pinang Hati Isteri Semula

Baru-baru ini, nama pelawak terkenal Shuk Sahar menjadi bualan hangat selepas isterinya iaitu Rossalennah Natassyiah Asshaferah memuat naik sebuah hantaran di laman Instagram yang mendedahkan lelaki tersebut bermain kayu tiga bersama wanita lain.

Shuk membuat kejutan semalam apabila melakukan siaran langsung di Instagram dengan menghantar rombongan ‘meminang’ isterinya sekali lagi.

Dengan memakai pakaian lengkap seperti raja sehari, Shuk meminta izin daripada isterinya untuk berkahwin lagi.

Sudah tentu, permintaan tersebut menyebabkan suasana di rumah mereka tiba-tiba berubah menjadi panik. Bukan sahaja Rossalenah, semua orang yang berada bersama wanita tersebut pada waktu itu turut terkejut dengan permintaan pelawak terbabit.

Sumber: Oh Bulan

Rupa-rupanya, itu semua adalah helah Shuk untuk memujuk isterinya semula. Shuk turut membawa rombongan ‘meminang’ siap dengan pelbagai hantaran seperti barang kemas dan beg tangan berjenama.

Sementara itu, tinjauan kami di laman Twitter mendapati tindakan Shuk menerima pelbagai reaksi daripada orang ramai:

Shuk dan Rossalennah mendirikan rumah tangga pada 2015 dan dikurniakan dua orang cahaya mata perempuan.

Dalam pada itu, Shuk pernah berkongsi video dirinya bertemu dengan anak-anaknya di Instagram dan turut mengaku kesilapan diri. Bagi Shuk, semua yang berlaku dalam hidup dan keluarganya pada waktu ini adalah berpunca daripada kesilapan sendiri. Apa pendapat anda?

Untuk baca artikel-artikel berkaitan, anda boleh klik pada pautan di bawah:

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca