Pelbagai spekulasi timbul tentang kelakuan Hailey Bieber dan Jenners sejak Selena Gomez kembali aktif di media sosial.
Penyanyi terkenal, Selena Gomez aktif semula di media sosial selepas hadapi gangguan Bipolar seperti yang dikongsikan dalam filem dokumentarinya, My Mind & Me.
Ramai sudah tahu drama bekas kekasih Justin Bieber ini dengan Hailey Bieber iaitu isteri kepada Justin. Walaupun sudah bertahun lama pasangan “Jelena” ini berpisah, peminat masih bandingkan Hailey dan Selena.
Malah, kedua-dua wanita ternama ini pernah meleraikan perbalahan antara peminat dengan gambar yang menunjukkan mereka tidak pernah bermusuhan.
Tetapi tidak terkejutlah akan ada yang memerhatikan setiap kelakuan mereka.
@popcultmedia23 Selena Gomez Comments On Hailey Bieber’s Alleged Shade + Hailey’s explanation‼️ #selenagomez #haileybieber #haileybaldwin #kendalljenner #entertainmentnews #celebritynews #celebnews #drama
♬ original sound – PopCultMedia
Hailey pernah padam videonya di TikTok bersama dua lagi kawannya termasuk Kendall Jenner meniru suara trend yang telah menimbulkan spekulasi bahawa mereka sengaja mahu tujukan kata-kata itu pada Selena.
Pada mulanya, ramai masih berfikiran positif.
Tetapi baru-baru ini, bilangan pengikut Selena di Instagram sudah melebihi kawan baik Hailey, Kylie Jenner yang sebelum ini mempunyai pengikut teramai (wanita) di Instagram.

Selepas empat tahun tidak terjebak dengan media sosial, dia tidak perlukan banyak masa untuk pegang gelaran Instagram Queen itu semula.
Tidak lama kemudian, dalam satu video harian Selena, dia ada berkongsi bahawa dia tidak sengaja luruskan keningnya (brow lamination) secara berlebihan.
Tiga jam selepas kongsian tersebut, Kylie tulis di Instagram Storynya, ‘ini tidak sengaja?’ bersama gambar selfienya dan ayat tersebut pula terletak pada keningnya.
Instagram Story Kylie seterusnya pula adalah tangkapan skrin ketika dia sedang FaceTime bersama Hailey sambil mereka tunjukkan kening masing-masing.
Kelakuan itu telah memberi respons yang negatif di kalangan warganet walaupun Kylie sendiri sudah bersuara sambil Selena menyokong komen usahawan muda berjaya itu.
Namun, Selena tidak teragak-agak untuk bersuara, pertahankan rakan baiknya apabila terlihat video di TikTok tentang Hailey pernah buat muka seakan-akan hendak muntah apabila Taylor Swift dipuji.
@sarah3un This girl has been through too much #selenagomez #selenagomeztiktokdeleted
♬ original sound – Sarah / 유리
Drama dan spekulasi yang tidak putus ini membuatkan Selena mahu berehat dari media sosial buat sementera waktu.
Pemilik Rare Beauty ini terangkan yang dia terlalu tua untuk melayan perkara sebegini di media sosial menerusi TikTok Live.
Di Instagram, disebalik kongsian terbarunya, seperti pelakon itu sudah tidak mahu fikir terlalu panjang dalam kongsiannya selepas ini kerana orang lain pun tidak pernah pedulikannya.
Peminat puji tindakan Selena selama ini hadapi haters atau yang warganet kerap memanggil, ‘mean girls’ ini amat matang dan sama seperti lagu terkenalnya, ‘Kill Em with Kindness’.
Untuk baca artikel-artikel berkaitan, anda boleh klik pada pautan di bawah: