Selepas Jadi Bahan Jenaka Semasa Temu Duga, Lelaki Ini Ubah Wajah

Seorang lelaki di Hanoi, Vietnam bernama Do Quyen dikhabarkan terpaksa menjalani sembilan prosedur pembedahan plastik kerana wajah beliau selalu dijadikan bahan jenaka ketika menghadiri temu duga kerja sebelum ini.

Memetik laporan Odditycentral, lelaki berusia 26 tahun ini sering ditertawakan oleh penemu duga setiap kali beliau menghadiri temu duga kerja.

Sumber: Rojak Daily

Penemu duga itu juga difahamkan telah beritahu Quyen bahawa lelaki itu tidak mempunyai paras rupa yang menarik. Disebabkan sering dipermalukan dan wajahnya sering dijadikan bahan jenaka, Quyen akhirnya membuat keputusan untuk mengubah rupa parasnya.

@quyen_do8

#howichange cám ơn ai đó bỏ rơi tôi để tôi tìm lại dc chính mình #lộtxác #Thaydoi

♬ Hẹn Yêu – Minh Vương, Thương Võ, ACV

“Saya sukar mendapatkan pekerjaan kerana wajah sebelum ini. Saya kerap menerima ejekan setiap kali memohon kerja. Tanpa berfikir panjang, saya rasa pembedahan plastik adalah jalan penyelesaiannya.

Saya telah membelanjakan sebanyak 400 juta Dong (RM70,405) daripada wang simpanan untuk pembedahan tersebut,” katanya kepada para pengikutnya di TikTok.

Penampilan terbaharu Quyen ternyata telah memberikan satu kejutan kepada kenalan rapat dan ahli keluarganya, “Ketika pertama kali pulang ke rumah selepas menjalani pembedahan tersebut, ibu dan bapa saya tidak dapat mengecam wajah anak mereka. Saya tahu akan dapat reaksi tersebut tetapi masih tidak dapat menahan air mata daripada mengalir.”

Dalam pada itu, Quyen berkata beliau sama sekali tidak menyesal kerana telah membuat pembedahan plastik tersebut. Quyen menganggap piawai kecantikan bagi dirinya adalah apabila anda berpuas hati dan rasa yakin setiap kali melihat wajah masing-masing di cermin.

Selepas berhasil transformasikan dirinya sama seperti oppa Korea, Quyen kini berjaya memiliki pekerjaan tetap sebagai seorang jurusolek di Saigon. Semoga kisah ini menjadi iktibar kepada kita semua untuk hentikan budaya face shaming atau body shaming terhadap kekurangan orang lain.

Untuk baca artikel-artikel berkaitan, anda boleh klik pada pautan di bawah:

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca