Selepas ‘Crazy Rich Asians’, Adele Lim Jadi Penulis Skrip Filem Terbaharu Disney

Penulis skrip Crazy Rich Asians, Adele Lim telah diberikan kepercayaan oleh pihak Disney untuk menulis karya terbaharu syarikat animasi gergasi dunia berkenaan iaitu Raya and The Last Dragon.

Nama Adele pastinya sudah tidak asing lagi dalam kalangan rakyat Malaysia kerana beliau berjaya mencipta nama buat dirinya sendiri dalam industri seni antarabangsa.

Sumber: Twitter @alamanacer

Sekiranya anda mahu tahu, filem ini mengisahkan Raya yang berada dalam misi untuk mencari naga terakhir bernama Sisu bagi menyelamatkan dunianya daripada bahaya.

Dalam pada itu, tinjauan kami di laman Twitter mendapati rata-rata warganet cukup teruja untuk menonton filem ini:

Untuk pengetahuan anda, penglibatan Adele dalam filem ini sudah diumumkan pada Ogos tahun lalu. Sekiranya semunya berjalan mengikut perancangan asal, filem ini dikhabarkan akan menemui para penonton pada tahun ini.

Walau bagaimanapun, filem ini mungkin akan menemui para penonton pada tahun hadapan (2021) susulan penularan wabak COVID-19 di seluruh dunia yang masih belum menemui titik noktahnya.

Apa-apa pun, rakyat Malaysia dinasihati untuk mematuhi arahan kerajaan sepanjang pihak kerajaan kuat kuasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) kerana kesihatan anda dan orang sekeliling perlu menjadi keutamaan sepanjang masa.

Untuk membaca lebih banyak artikel berkaitan rakyat Malaysia yang berjaya mencipta nama di industri hiburan antarabangsa, anda boleh klik pada pautan di bawah:

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca