Selepas Buat Suntikan Ke-21, Gadis ‘Barbie’ Ini Bangga Tunjuk Bentuk Bibir Terbaharu

Seorang gadis yang ingin menjadi seperti patung ‘Barbie’ menunjukkan bentuk bibir terbaharunya selepas melakukan suntikan sebanyak 21 kali.

Andrea Ivanova kini mendakwa dirinya mempunyai bibir paling besar di dunia selepas menjalani suntikan tersebut.

Walaupun telah dinasihatkan oleh doktor supaya menghentikan tabiatnya itu, Ivanova bagaimanapun berhasrat untuk membesarkan bibirnya lagi pada masa akan datang.

Gadis yang berusia 22 tahun itu telah melakukan suntikan pada Selasa lalu.

Ivanova juga turut berkongsi foto bibir tebalnya itu di laman Instagram miliknya.

View this post on Instagram

#love #lips 💋💗👄

A post shared by Andrea Ivanova (@andrea.andrea345) on

“Lagi besar lagi bagus, saya suka bibir besar Adrea,” kata salah seorang pengikutnya.

Ivanova yang melakukan transformasi bibirnya pada 2018 mempunyai lebih 37,000 pengikut di Instagram.

Setakat ini, dia sudah menghabiskan ribuan pound sterling untuk mendapatkan bentuk bibir idamannya.

Untuk baca lebih banyak artikel berkenaan ‘barbie’, anda boleh klik pada pautan di bawah:

Artikel Lain Untuk Di Baca