Selepas Bantu Polis Untuk Tangkap Suspek Pembunuhan, Polis Palsu Ini Pula Diberkas

Seorang lelaki dari North Carolina, Amerika Syarikat yang berjaya membantu polis dalam mengejar dan menggari suspek bersenjata api itu pula menerima nasib yang sama apabila dia ditahan kerana menyamar sebagai seorang pegawai polis.

Semasa kejadian tersebut yang berlaku pada malam 5 Oktober, pegawai-pegawai polis di Wilson, North Carolina itu menerima bantuan yang tidak dijangka semasa mengejar kereta suspek yang memecut laju.

Mereka menahan sebuah kereta untuk mencari suspek pembunuhan pada kira-kira pukul 11 malam tetapi apabila mereka menghampiri kereta berkenaan, pemandu itu terus memecut.

Gara-gara pemandu itu memecut, pegawai polis tidak mempunyai pilihan lain selain daripada masuk ke dalam kereta peronda untuk mengejar kereta suspek.

Namun, sesuatu yang sanget aneh berlaku ketika kereta yang dikejar itu berada pada jarak kira-kira dua batu (3 kilometer). Sebuah kereta Ford Taurus berwarna hitam dengan lampu biru itu dihidupkan lalu memecut melepasi kereta peronda dan memotong kereta suspek.

Akibat kenderaannya dikepung dari arah depan dan belakang, penjenayah berkenaan tidak mempunyai pilihan lain selain berhenti. Namun, sebelum polis sempat memahami tentang apa sebenarnya yang sedang berlaku, lelaki di dalam kereta Ford Taurus itu pula keluar dari keretanya.

Sumber: Wilson Police Department

Dia yang kemudian dikenal pasti sebagai David Adams keluar sambil mengacukan pistol terhadap lima lelaki lain yang berada di dalam kenderaan mencurigakan itu dan mengarahkan mereka untuk keluar lalu menggari mereka.

Walaupun begitu, David dilaporkan sudah meninggalkan tempat kejadian sebelum polis berpeluang untuk bercakap dengannya. Disebabkan itu, polis pun menjalankan pemeriksaan ke atasnya dan mendapat tahu bahawa dia bukan seorang pegawai penguatkuasa undang-undang.

Rupa-rupanya, salah seorang daripada lima lelaki di dalam kereta berkenaan merupakan abang suspek pembunuhan yang diburu polis dan polis palsu itu secara kebetulan membantu pihak polis dan ia akan menjadi menarik untuk melihat perbicaraan kes ini nanti.

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca