Selepas Anak Didakwa Perkosa Gadis, Ini Respons Bapa Da’i Syed

Baru-baru ini, Da’i Syed telah menjadi bualan ramai selepas didakwa telah memperkosa seorang gadis. Oleh itu, pendakwah muda berkenaan membuat laporan polis dalam usaha untuk membersihkan namanya.

Tidak lama selepas ciapan daripada pengguna Twitter terbabit yang mendakwa Da’i Syed atau nama sebenarnya iaitu Syed Shah Iqmal Syed Mohammad Shaiful Jamallulail telah memperkosa seorang wanita iaitu rakannya sendiri menjadi tular, bapa pendakwah muda itu tampil bersuara berkenaan isu tersebut menerusi sebuah coretan di laman Facebook.

Sumber: Instagram @daisyed_

“Semua sudah maklum Da’i Syed adalah anak saya. Selepas bertalu-talu mesej masuk ke inbox sekali dengan tangkap layar yang sudah tular, saya akan menjelaskan di sini untuk tatapan semua.

Segala didikan yang telah saya beri kepadanya sejak dari kecil adalah menurut saranan agama. Saya juga telah usahakan sebaiknya untuk menegur dan memberi nasihat kepadanya.

Sumber: Instagram @daisyed_

Walau bagaimanapun, dia telah mengabaikan semua mesej saya selama dua tahun tanpa memberikan apa-apa balasan. Oleh itu, saya serahkan urusan menegur ini kepada Allah SWT untuk mengadilinya.

Sekiranya dakwaan tular itu benar, saya mohon Allah SWT kembalikan anak ke jalan yang benar dan diredai sebelum ia terlambat. Saya lebih rela dia diadili dekat dunia dari hari akhirat nanti di hadapan Qadhi Rabbul Jalil.

Saya hanya mampu beri nasihat kepada individu yang bermuamalah dengan dia supaya berhati-hati terutamanya kepada wanita. Walaupun isu tersebut sudah lama, ia menjadi semakin heboh pula pada hari ini.

Kami sudah letih untuk menghadap isu seperti ini terutamanya adik-adiknya yang masih belajar. Mereka tertekan dengan soalan-soalan sindiran dan ejekan daripada rakan-rakan di sekolah.

Sumber: Instagram @daisyed_

Kepada mereka yang pernah menghubungi saya dan mengaku mangsa, pergilah lapor kepada pihak berkuasa untuk disiasat dan diambil tindakan sewajarnya.

Saya memberi jaminan tidak akan sama sekali mempertahankan atau menyebelahi anak sekiranya dia memang melakukan kesalahan tersebut,” tulisnya.

Sementara itu, bapa Da’i Syed turut mengakhiri coretan berkenaan dengan memberi peringatan kepada anaknya, “Jika benar kamu berakhlak buruk seperti yang didakwa, janganlah kamu menggunakan agama sebagai topeng untuk menutup segala keburukanmu kerana perbuatan itu lebih hina dari Iblis.

Tinggalkan dunia selebriti dan kembali ke jalan Allah SWT. Kami semua rindu Iqmal yang dahulu. Pihak keluarga hanya mampu berdoa supaya dijauhkan segala fitnah duniawi dan diberikan keberkatan dalam hidup dan maut.”

Pada pendapat anda, adakah dakwaan tular itu benar atau sebaliknya?

Untuk baca artikel-artikel berkaitan, anda boleh klik pada pautan di bawah:

Artikel Lain Untuk Di Baca