Baru-baru ini, sepasang kekasih di Afrika Selatan ‘dibanjiri’ tawaran daripada pelbagai syarikat dan individu yang ingin menjadi penaja untuk majlis mereka kelak selepas aksi melamar berkenaan di Kentucky Fried Chicken (KFC) menjadi tular di media sosial.
Mzansi please help us find this beautiful couple, re batla ho ba blesser 😊 DM us any leads, there might be a Finger Lickin' Good surprise in it for you too. Batho ba Vaal re thuseng! We love love 😍❤️ #KFCProposal pic.twitter.com/6bj89dtj4j
— KFC South Africa (@KFCSA) November 7, 2019
Seorang lelaki yang dikenali sebagai Bhut’ Hector melamar isterinya iaitu Nonhlanhla di cawangan francais berkenaan yang terletak di Gauteng, Afrika Selatan.
Namun, pasangan ini sama sekali tidak menyangka bahawa seorang individu bernama Kateka Malobol merakam lamaran mereka dan memuat naik ke akaun media sosial miliknya.
Seorang jurucakap kepada pasangan itu berkata bahawa Hector mahu mengadakan sebuah majlis kecil untuk meraikan Nonhlanhla tetapi dia berdepan masalah kewangan.
Tambahnya, “Mereka memerlukan lokasi perkahwinan, gaun, sut pengantin, kek dan makanan. Boleh sesiapa bantu mereka?”
I just spoke to Mr Kansi re his #KFCProposal. He’d like to have a small event to celebrate his wife but budget is tight. We need a venue, dress, suit, cake, and food. I can’t wait to MC this one.
Can anyone else help us, please 🙏
cc @KFCSA pic.twitter.com/VoNLT5MqfW— Alphi the MC (@alphi_s) November 8, 2019
Selepas video yang dimuat naik berkenaan menjadi tular, beberapa orang perseorangan membantu mengutip dana untuk pasangan tersebut dan lebih menarik lagi apabila majalah fesyen terkemuka iaitu Cosmopolitan yang ingin menaja persalinan kedua-dua pengantin.
We’re so excited for the happy couple! 💕 The COSMO fashion team would love to style and dress the bridesmaids for the special day 🥰 #KFCProposal #KFCWedding @KFCSA @sindivanzyl @alphi_s @JoeHuman https://t.co/OcWvJdKSyI
— COSMOPOLITAN SA (@CosmopolitanSA) November 8, 2019
Penaja perkahwinan mereka lain termasuk jenama minuman Coca Cola dan Huawei.
Yay for ♥️! @KFCSA 😍
Just like your chicken and our Coke® are the perfect pair, and we're all for bringing people together.
The soft drinks for the wedding are on us! We'll keep an eye on our inbox for all the deats. 💍💌#KFCProposal https://t.co/cXW8AjTtEU
— Coca-Cola ZA (@CocaCola_ZA) November 8, 2019
Hey @KFCSA nothing moves us more than a story of love and as a result we would like to send the #KFCProposal couple two devices to capture all of their memorable moments. Please get Hector and Nonhlanhla to DM us. https://t.co/Etne2ulAOl
— Huawei Mobile SA (@HuaweiZA) November 8, 2019
Dalam pada itu, pasangan ini sudah berkahwin pada tahun 2012 tetapi pengantin lelaki tidak berpuas hati dengan cincin yang dibeli olehnya pada masa itu dan mahu membelikan sesuatu yang lebih baik untuk isterinya.
Hector berkata, “Saya tidak mampu untuk memberi isteri saya sebentuk cincin ataupun barangan kemas yang lebih sesuai kerana saya tidak bekerja tetapi saya mahu lakukan sesuatu yang kecil untuknya.”
Pasangan tersebut berkata, “Terima kasih, Afrika Selatan. Kami tidak pernah membayangkan bahawa kisah cinta kami akan menyentuh hati ramai orang.”
Sekiranya kita berbuat baik dengan orang ramai, pasti kebaikan akan menjumpai kita dalam cara yang tidak diduga.