Selepas 77 Tahun Di Pasaran, Selamat Tinggal Majalah Mastika

Selepas 77 tahun berada di pasaran, majalah Mastika dilaporkan akan berhenti diterbitkan. Difahamkan, edisi bulan November 2018 merupakan edisi terakhir bagi majalah tersebut.  Melalui satu perkongsian di laman Twitter, akaun Majalah Mastika mengesahkan perkara itu.

 

Foto: Twitter

 

Majalah Mastika sudah berada di pasaran semenjak tahun 1941 lagi. Rata-rata pembaca Mastika pasti sedia maklum akan isi kandungan majalah tersebut yang banyak menampilkan kisah-kisah misteri dan seram. Difahamkan, punca majalah tersebut akan berhenti diterbitkan adalah kerana harus akur dengan peredaran zaman di mana sudah tidak ramai yang membeli majalah tersebut.

 

 

Foto: The Vocket

 

Majalah Mastika merupakan majalah Bahasa Melayu tertua di Malaysia. Ia juga telah dikemudi oleh beberapa orang tokoh dimulai dengan Abdul Rahim Kajai sebagai pengarang pertama diikuti oleh Tan Sri Abdul Samad Ismail, Munir Ghazali, A. Samad Said dan Zainol Fakir. Majalah Mastika juga memegang rekod sebagai majalah tertua dengan jumlah jualan tertinggi selama sepuluh tahun berturut-turut.

Setelah bertahan srlama 77 tahun di pasaran penulis pasti ramai yang akan merindui majalah Mastika. Oleh itu anda bolehlah dapatkan edisi terakhir majalah ini untuk dijadikan koleksi.

 

[Anda ada karya yang ingin diterbitkan di iamlejen.com? Hantarkan cerpen, certot, sajak atau puisi tulisan anda ke [email protected] beserta dengan nama pena pilihan anda. Selamat mencuba!]

 

Artikel Lain Untuk Di Baca