Selepas 6 Tahun, Britney Spears Kembali Dengan Lagu Baharu

Penyanyi pop Britney Spears telah mengeluarkan lagu baharu pertama sejak bebas daripada isu dikongkong oleh bapanya yang sebelum ini mengawal hampir setiap aspek kehidupan penyanyi itu.

Britney Spears kembali dengan lagu pertama sejak era Glory dan lagu ini merupakan kolabrasi bersama penyanyi lagenda iaitu Elton John.

Sumber: NYtimes

Lagu yang bertajuk Hold Me Closer merupakan gabungan lagu popular Elton John The One dan Tiny Dancer.

Menerusi hantaran Twitter, Britney Spears menyatakan keluaran lagu baharu ini adalah perkara besar buat dirinya kerana kini dia sudah bebas untuk bereksperimen dengan muzik.

Menurutnya lagi, Britney memberitahu setiap hari dia belajar benda baharu dan cuba menjadi orang orang lebih baik serta melakukan perkara yang menggembirakan kerana itu adalah perkara paling penting dalam hidup.

Oleh itu memilih kebahagiaan adalah pilihan tepat untuk dirinya

Bintang terkenal itu juga berasa terharu dan sangat bangga dapat menyanyi dengan Elton John.

Dalam pada itu, Elton John telah berkongsi lagu tersebut lebih awal daripada hari yang sepatutnya dikeluarkan untuk pengunjung di sebuah restoran yang berada di Cannes.

Anda boleh mendengar lagu Hold Me Closer di bawah.

Untuk baca artikel-artikel berkaitan, anda boleh klik pada pautan di bawah:

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca