Gunung berapi Fagradalsfjall yang terletak kira-kira 32km dari barat daya ibu kota Reykjavik di Iceland telah hidup semula selepas beberapa siri gegaran gempa bumi berlaku berdekatannya.
Pada rabu yang lalu, gunung berapi tersebut telah memuntahkan magma yang mencurah sepanjang 200 meter dari puncak lava hingga letusan terakhir.

Pejabat Meteorologi Iceland menggesa orang ramai supaya tidak mendekati gunung tersebut.
Hal ini kerana menurut pihak Meteorologi Iceland, gas gunung berapi di kawasan itu boleh membahayakan kesihatan manusia.

Mnerusi hantaran Facebook Veðurstofa Íslands gunung berapi ini pernah meletus pada tahun lepas dan merupakan letusan pertama yang berlaku di semenanjung Reykjanes.
Lapangan Terbang Keflavik yang terletak tidak jauh dari letusan tersebut setakat ini dibuka dan tiada penerbangan yang mengalami gangguan.

Negara Iceland yang terletak di atas titik panas gunung berapi di Atlantik Utara mempunyai purata letusan setiap 4 hingga 5 tahun.
Memetik laporan dari UNILAD, para saintis telah menjangka letusan ini akan berlaku.
Oleh kerana selepas beberapa siri gempa bumi sepanjang minggu lalu menunjukkan aktiviti gunung berapi semakin hampir dengan kerak bumi.
Untuk baca artikel-artikel berkaitan, anda boleh klik pada pautan di bawah: