Selepas 5 tahun Saya Menabung Hanya Berjaya Mengumpul RM10, Ini Perkara Yang Perlu Dielakkan Supaya Jangan Jadi Seperti Saya

Perkongsian ini dikongsi oleh salah seorang sahabat kami mengenai kisahnya yang ingin menabung tetapi beliau gagal dalam misi itu. Beliau mula menabung dari tahun 2013 hingga 2018. Selama beliau menabung, beliau ada menggunakan beberapa tips untuk menabung. Namun, hasilnya sangatlah teruk. Beliau hanya berjaya mendapatkan RM10 sahaja selama 5 tahun beliau menabung.

4 perkara yang harus korang hindari ketika menabung:

1. Ada Duit, Terus Beli Benda-Benda Mengarut

Setiap kali beliau dapat elaun dari keluarga beliau, beliau terus membelanjakan duit itu tanpa had. Kadang kala sehingga duit itu habis digunakan untuk membeli benda-benda yang tidak penting seperti makanan mewah dan membeli pakaian branded di luar kemampuan.

2. Lepak Setiap Hujung Minggu

Setiap hujung minggu beliau akan keluar lepak dengan kawan-kawan tanpa memikirkan kos perbelanjaan yang akan digunakan. Seperti melepak di restoran atau di shopping mall. Apabila kawan-kawan beliau berbelanja, beliau turut menyertai mereka berbelanja tanpa mengira bajet kewangan.

3. Shopping Online

Shopping online merupakan perkara yang paling berhantu bagi beliau. Hal ini kerana, ketika beliau melayari laman web shopping beliau akan membeli tanpa beliau sedar bahawa sudah banyak barang beliau telah order.

4. Melancong

Beliau seorang yang sangat gemar melancong tidak kira luar negara atau dalam negara. Beliau tidak suka menyenaraikan perkara apa yang beliau perlu buat dan apa yang tidak perlu beliau buat ketika hendak melancong.

Contohnya, lokasi yang akan beliau pergi, aktiviti apa perlu beliau lakukan, barang apa yang perlu dan tak perlu serta berapa hari tempoh percutian.

Oleh itu, tanpa sedar beliau telah mengeluarkan duit yang banyak untuk kepuasan diri.

Jika korang ingin menabung, janganlah ikuti perkara di atas. Rancanglah perbelanjaan korang terlebih dahulu agar dapat mengelakkan pembaziran.

Artikel Lain Untuk Di Baca