Selepas 5 Tahun, Kes Hak Cipta Lirik Lagu ‘Shake It Off’ Berakhir

Dua penulis lagu telah gugurkan tuntutan mahkamah ke atas lagu Taylor Swift, ‘Shake it Off’ yang dikatakan telah meniru lirik ciptaan mereka.

Pada tahun 2018, kes ini telah dirumuskan oleh juri yang lirik itu terlalu umum untuk ditiru tetapi telah dibangkitkan oleh panel rayuan pada 2021.

Penulis-penulis yang terlibat, Hall dan Butler mengatakan yang Taylor telah meniru lagu mereka, ‘Playas Gon’ Play’ dinyanyikan oleh kumpulan 3LW.

Ogos lepas, Taylor beritahu di mahkamah yang dia tidak pernah mendengar lagu dari kumpulan R&B itu. Lirik yang digunakan, Taylor hanya anggap sebagai frasa yang sering didengari untuk membuang perkara negatif dalam hidup.

“Dengan ‘goncangkan ia pergi’ (Shake it off), saya hendak masukkan komedi yang mampu menguasai untuk bantu orang lain rasa lebih mudah menghadapi kritikan negatif menerusi muzik, menari dan kebebasan sendiri untuk seseorang buang kritikan negatif itu pergi,” terang Taylor.

Ibu Taylor juga memberi penerangan yang dia sentiasa jaga apa yang Taylor lihat di televisyen dan lagu yang didengarkan ketika penyanyi itu masih kecil memandangkan lagu tersebut dikeluarkan ketika Taylor berumur 10 tahun.

Kini, tuduhan digugurkan apabila peguam-peguam Taylor memberi penerangan yang ayat ‘haters gonna hate’ dan ‘players gonna play’ adalah terlalu umum dan tidak boleh dihalang dalam cara penggunaannya.

Tambahnya lagi, jika plaintif hendak saman Taylor menggunakan ayat-ayat tersebut, mereka juga perlu saman semua orang awam yang menggunakan ayat itu dalam apa cara sekalipun.

Untuk baca artikel-artikel berkaitan Taylor Swift, anda boleh klik pada pautan di bawah:

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca