Selepas 3 Tahun Bercinta, Pasangan Kekasih Ini Terpaksa Berpisah Kerana Hidap Talasemia

Sebuah video TikTok memaparkan sepasang kekasih yang terpaksa berpisah selepas bercinta selama tiga tahun menjadi bualan ramai di media sosial.

Menerusi video tersebut, mereka berdua disahkan menghidapi talasemia minor dan mengambil keputusan untuk menamatkan hubungan sebagai kekasih.

Sumber: The Vocket

Mereka menjadikan hari terakhir sebagai pasangan kekasih pada hari perkahwinan abang teman lelaki tersebut. Menurut pengguna TikTok yang dikenali sebagai @szasaccount di ruangan komen, “Saya yang mengetahui hidap talasemia terlebih dahulu. Kami sudah lama bercinta jadi bapa minta saya dan teman lelaki melakukan ujian talasemia.

Kami tahu semua risiko jangka pendek dan panjang penyakit ini. Untuk buat ujian darah, kami siapkan mental dan fizikal kerana bimbang keputusannya sama.”

Sumber: TikTok @szasaccount

Tambahnya lagi, ia bukan mudah untuk mereka berdua dan talasemia tidak boleh sembuh. Apabila kedua-dua ibu bapa menghidapi penyakit ini, ia adalah risiko besar buat anak-anak.

Sumber: TikTok @szasaccount

Selepas video ini tular, Dr. Nimelesh telah memberikan sedikit penerangan tentang talasemia kepada orang ramai di Twitter. Menurut Dr. Nimelesh, pesakit talasemia menerima baka penyakit ini daripada kedua-dua ibu dan bapa.

Pesakit talasemia memerlukan pemindahan darah dan rawatan ubat sepanjang hayat. Untuk pengetahuan anda, talasemia ialah penyakit genetik yang diturunkan daripada ibu dan/atau bapa kepada anak-anak mereka.

“Seorang pembawa (carrier) pula menerima baka talasemia sama ada daripada ibu atau bapa dan tidak mempunyai tanda-tanda penyakit,” jelasnya.

Sumber: Twitter @HausofHilton

Pesakit talasemia tidak dapat menghasilkan sel darah merah berkualiti dalam kuantiti yang cukup kerana gen mengawal penghasilan hemoglobin telah terjejas.

Talasemia bukan penyakit berjangkit. Ia juga tidak boleh ditransmisi melalui darah, udara dan air atau melalui sentuhan fizikal dengan pesakit talasemia.

Anda boleh tonton video penuh di bawah.

Untuk baca artikel-artikel berkaitan, anda boleh klik pada pautan di bawah:

Artikel Lain Untuk Di Baca