Selepas 28 Tahun, Hospital Di Jepun Ini Baru Sedar Terguna Air Tandas Sebagai Sumber Minuman

Selepas 28 tahun, pihak pengurusan sebuah hospital di Osaka, Jepun baru sedar yang mereka telah menggunakan air tandas sebagai sumber minuman selama ini.

Pihak pengurusan Hospital Universiti Osaka di Suita yang siap dibina pada tahun 1993 difahamkan baru mengetahui perkara tersebut baru-baru ini sebelum membuat pengumuman mengenainya pada 20 Oktober lalu.

Sumber: Daily Mail

Memetik laporan Daily Mail, perkara ini berlaku kerana terdapat kesilapan sambungan paip. Rupa-rupanya, 120 paip air yang disalurkan untuk sumber minuman bagi kakitangan dan pesakit hospital berkenaan sejak pembukaannya pada tahun 1993 disambungkan daripada air perigi yang digunakan untuk mengepam tandas.

Sepanjang tempoh itu, kakitangan dan pesakit di hospital tersebut telah menggunakan air tandas berkenaan untuk dijadikan minuman, mencuci tangan dan berkumur-kumur tanpa mengetahui sumbernya.

Sumber: BuzzKini

Untuk pengetahuan anda, pihak pengurusan mula mengetahui kesilapan teknikal ini selepas mereka menjalankan proses pembinaan loji rawatan air yang baharu untuk hospital tersebut dan sekali gus memperlihatkan kesilapan sambungan paip yang berlaku kira-kira 28 tahun lalu.

Selepas menyedari kesilapan yang berlaku, pihak pengurusan hospital tampil memaklumkan perkara sebenar kepada orang ramai dan membuat permohonan maaf secara terbuka.

Pihak pengurusan hospital terbabit turut memaklumkan bahawa mereka sudah mula melakukan siasatan menyeluruh dan akan membaiki semua sistem paip yang disambung secara salah. Mereka turut berjanji bahawa isu seperti ini tidak akan berulang lagi.

Untuk baca artikel-artikel berkaitan, anda boleh klik pada pautan di bawah:

Artikel Lain Untuk Di Baca